SHARE AND LIKE THIS POST

MELAKA: Pameran hartanah MyRumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan berlangsung di pusat beli belah, AEON Bandaraya Melaka bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Siri jelajah kedua pameran hartanah dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menawarkan lebih 2,653 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM681 juta.

Ketua Pengiklanan Wilayah & Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) NSTP, S Linggaraj, berkata MyRumah mengenengahkan konsep ‘4E’ kepada pengunjung iaitu ‘education’ (pendidikan), ‘entertainment’ (hiburan), ‘environment’ (persekitaran) dan ‘experience’ (pengalaman) bagi memastikan pameran itu lebih interaktif serta bermaklumat.

“𝑆𝑖𝑟𝑖 𝑗𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑑𝑢𝑎 𝑝𝑎𝑚𝑒𝑟𝑎𝑛 𝑀𝑦𝑅𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑤𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑙𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑑𝑖𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑅𝑀180,000 ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑅𝑀679,000 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑢𝑗𝑢ℎ 𝑝𝑒𝑚𝑎𝑗𝑢 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑢𝑡𝑎𝑚𝑎.

“Melalui konsep 4E yang diketengahkan, kita cuba membawa pembeli pelbagai maklumat berkaitan hartanah, tip pelaburan oleh pakar hartanah terkenal, pinjaman perumahan serta pendidikan interaktif,” katanya pada pra- pelancaran siri kedua Pameran Hartanah MyRumah 2019 di sini, hari ini.

Siri kedua pameran hartanah MyRumah AEON Bandaraya Melaka itu akan berlangsung jam 10 pagi hingga jam 10 malam disertai oleh tujuh pemaju iaitu Bukit Pelali (Astaka Padu Sdn Bhd); Faithview Group Development Sdn Bhd; Kumpulan Handal; Jabatan Perumahan Negara (JPN); Lembaga Perumahan Melaka (LPM); Scientex Heights Sdn Bhd dan SPNB Aspirasi (SPNB).

Pameran itu turut disertai oleh Takaful Ikhlas Bhd.

Sementara itu, Linggaraj berkata pihaknya berharap pengunjung di Melaka dan wilayah selatan lain termasuk di Negeri Sembilan dan Johor dapat meluangkan masa mengikuti pameran berkenaan, sekali gus mengintai potensi hartanah di Melaka yang pesat berberkembang.

“Malah, pembeli rumah di pameran hartanah MyRumah ini juga berpeluang menyertai pertandingan caburan bertuah utama sebuah kereta Nissan Almera,” katanya.

Terdahulu, siri pertama MyRumah yang dianjurkan di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu berakhir dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Selepas Melaka, siri jelajah pameran hartanah MyRumah 2019 akan berlangsung Pulau Pinang, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.

Comment

BERI MAKLUM BALAS