Semak Harga Pasaran Hartanah

Antara kesilapan utama Penjual dan pemilik rumah adalah TIDAK menyemak dan mengetahui berapa anggaran NILAI PASARAN HARTANAH mereka!

Elakkan membuat kesilapan seperti ini kerana anda mungkin berkemungkinan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit hanya kerana mengambil mudah betapa pentingnya untuk menyemak anggaran harga pasaran hartanah anda.

Apakah yang mungkin berlaku jika anda gagal berbuat demikian?

  1. Berisiko menjual hartanah jauh di bawah nilai pasaran.
  2. Kemungkinan ditipu atau diperdaya untuk menjual pada harga rendah.
  3. Cuba untuk menjual pada harga yang lebih tinggi dari pasaran dan gagal.

Ini antara risiko yang boleh berlaku di atas sebab kegagalan anda menyemak anggaran harga pasaran hartanah anda.

Berisiko menjual hartanah jauh di bawah nilai pasaran.

Hartanah biasanya akan mengalami kenaikan selepas suatu tempoh masa.  Ramai pemilik yang kurang pasti tentang berapakah sebenarnya kenaikan harga rumah mereka selepas mendiaminya selama beberapa tahun.   Ada sesetengah pemilik yang mungkin sudah tinggal melebihi 20 tahun dan tidak sedar bahawa harga hartanah mereka mungkin sudah meningkat naik melebih 200%.  Disebabkan hutang mereka yang semakin berkurangan setelah pembayaran selama 20 tahun tersebut, kadangkala sesetengah pemilik hanya berpuashati menjualkan rumah mereka pada harga lebih rendah dari harga pasaran contohnya hanya 100% lebih tinggi dari harga pembelian dan merasakan ianya sudah mencukupi lebih-lebih lagi apabila hutang mereka yang sedikit membuatkan mereka tidak tertekan untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi.

Kemungkinan ditipu atau diperdaya untuk menjual pada harga rendah.

Disebabkan tidak mengetahui harga sebenar pasaran, pemilik berisiko untuk menjual hartanah mereka pada harga yang lebih rendah apabila terdapat pembeli atau broker haram yang menyatakan harga pasaran yang tidak betul.  Kadangkala terdapat broker haram atau ejen hartanah tidak berdaftar yang memberikan harga pasaran yang lebih rendah semata-mata untuk mendapatkan penjual menjual hartanah mereka pada harga yang lebih rendah, kadangkala jauh rendah dari pasaran semasa walaupun kondisi hartanah/rumah tersebut adalah baik dan sebanding dengan rumah yang dijual pada harga yang lebih tinggi.  Cuba dapatkan anggaran harga pasaran daripada penilai berdaftar seperti ZIYAD PROPERTY CONSULTANTS.

Cuba untuk menjual pada harga yang lebih tinggi dari pasaran.

Setiap pemilik pastinya mahu menjual hartanah mereka pada harga yang tertinggi jika tiada sebarang tekanan.  Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana sesetengah pemilik terlalu optimistik dan membuat andaian harga pasaran rumah mereka dan seterusnya cuba menjual pada harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran.

Apabila ini berlaku, pastinya pemilik akan mengalami kesukaran untuk menjual rumah tersebut walaupun melantik ejen hartanah kerana tiada siapa yang berminat.  Di sinilah pentingnya untuk mendapatkan khidmat nasihat ejen hartanah bertauliah yang boleh menasihatkan berapakah anggaran harga pasaran hartanah anda sebelum membuat keputusan untuk menjualkannya.

Atas sebab-sebab ini, TipsHartanah dengan kerjasama Ziyad Property Consultants Sdn Bhd, sebuah firma penilai, pentaksir dan ejen hartanah yang bertauliah menasihatkan semua untuk sekurang-kurangnya mendapatkan ANGGARAN HARGA PASARAN sebelum menjual hartanah.

Sekiranya anda berminat untuk menyemak dan mengetahui anggaran harga pasaran hartanah anda, sila isikan borang semakan di bawah dan kami amat berbesar hati untuk membantu anda.

  BORANG SEMAKAN ANGGARAN HARGA PASARAN

————

Borang Semakan Harga Pasaran.