SHARE AND LIKE THIS POST
Jika anda pemilik tanah, elakkan dari memberikan ‘option’ penjualan kepada individu yang bukan ejen hartanah berdaftar.
 
Kebiasaanya, mereka akan meletakkan terma di mana pemilik memberi kuasa penuh untuk menjual tanah anda selagi ia masih tidak terjual dan mereka akan bertindak seolah-olah mereka mempunyai kuasa penuh terhadap tanah tersebut dan menghalang ejen hartanah atau pihak lain dari berurusan dengan pemilik tanah.
 
Individiu seperti ini yang menjalankan aktiviti jualbeli tanah tanpa berdaftar sebagai Ejen Hartanah (termasuk Perunding Hartanah) dengan Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) sebenarnya merupakan broker haram yang boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana:-
 
  • Menjalankan aktiviti jualbeli hartanah secara haram – hukuman berat termasuk hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM300,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah.
  • Mengambil deposit secara haram – boleh dihukum mengikut Seksyen 137(1) dan (2) akta berkenaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Sebagai tuan tanah, anda juga bakal berdepan kerugian ditipu apabila berurusan dengan individu seperti ini.
 
Untuk mengenalpasti sama ada anda berurusan dengan ejen hartanah atau perunding hartanah berdaftar, antara yang boleh anda lakukan:-
  1. Mintak dan semak nombor pendaftaran mereka dengan LPPEH. (www.lppeh.gov.my)
  2. Semak pendaftaran syarikat mereka.
  3. Pastikan segala bayaran dibuat kepada syarikat dan bukannya kepada individu atau peguam – melainkan anda berurusan terus dengan pembeli tanpa orang tengah atau ejen.

Pautan dan rujukan lain:-

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/broker-hartanah-haram-bakal-berdepan-tindakan-tegas-zuraida

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/466856/2-lelaki-didakwa-ambil-deposit-secara-haram

Comment

BERI MAKLUM BALAS