SHARE AND LIKE THIS POST

PETALING JAYA: Platform pasaran hartanah dalam talian terkemuka, PropertyGuru melancarkan inisiatif terbaharunya, ‘PropertyGuru Home Loan Pre-Approval’ yang membantu bakal pembeli rumah di negara ini meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan pinjaman perumahan.

Pengurus Negaranya, Sheldon Fernandez, berkata inisiatif berkenaan adalah satu kaedah bertujuan menangani isu berkaitan pemilikan rumah dan pinjaman ditolak oleh institusi kewangan.

“Inisiatif berkenaan dapat memberikan ketepatan 99.99 peratus bagi jumlah pinjaman perumahan ‘pra-kelulusan’ yang mereka layak.

“Seterusnya, kami akan menawarkan bakal pembeli dengan beberapa pilihan pinjaman perumahan daripada bank yang menjadi rakan kerjasama kami dalam menyediakan inisiatif ini.

“Pada masa ini, kami menjalin kerjasama dengan tiga bank iaitu Hong Leong Bank, RHB Bank dan juga Alliance Bank,” katanya pada sidang media selepas pelancaran inisiatif berkenaan di sini, hari ini.

Pengguna yang mahu mencuba inisiatif berkenaan boleh berbuat demikian menerusi laman sesawang PropertyGuru.

‘PropertyGuru Home Loan Pre-Approval’ akan mengekstrak skor kredit pembeli rumah dan penarafan dari Biro Kredit Malaysia untuk menilai sejarah kredit dan kesihatan kewangan mereka berdasarkan tanda aras dari pelbagai sumber.

Seterusnya, ia akan mengira nisbah hutang yang tepat untuk memberikan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan oleh bank kepada pembeli.

Mengulas lanjut, Sheldon berkata inisiatif yang dijalankan pihaknya itu memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam industri hartanah Malaysia.

“Ia juga boleh meningkatkan kecekapan dalam proses jual beli rumah dan dalam masa yang sama menjadi jalan penyelesaian untuk mengurangkan jumlah hartanah tidak terjual,” katanya.

Comment
Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS