SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA LUMPUR: Penggunaan sistem data besar, sebagai pangkalan data komprehensif permintaan dan penawaran hartanah, dijangka dapat menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ketika ini kekurangan data menyukarkan kerajaan untuk mengenal pasti kedudukan sebenar pasaran hartanah tempatan dan juga keperluan perumahan rakyat.

Justeru, dengan adanya sistem data besar, kementerian boleh mengumpul semua data dan melihat kedudukan sebenar pasaran semasa dan kemudian dapat membuat unjuran pembangunan hartanah pada masa depan, yang mana dapat memenuhi keperluan pasaran.

“Kami sedar terdapat kekurangan data besar. Kami rasa penting untuk mempunyai sistem data besar bagi membuat unjuran yang lebih baik dari segi jenis rumah, bentuk, harga dan lokasi.

“Dengan ketetapan data yang diperoleh, kita dapat menyelesaikan masalah unit hartanah tidak terjual,” katanya dalam ucaptama di Persidangan Membina dan Pembiayaan Rumah Mampu Milik Merentasi Asia di sini, hari ini.

Persidangan selama dua hari itu dianjurkan secara bersama antara Cagamas Bhd dan Bank Dunia.

Sementara itu, Zuraida berkata, beberapa agensi asing berminat untuk menjadi pembiaya bagi Skim Sewa Milik (RTO).

Beliau berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan beberapa pihak dari China, Korea Selatan dan Asia Barat mengenai perkara itu.

Katanya, Skim RTO adalah antara langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan B40 di negara ini memiliki rumah, yang mana penyewa akan diberikan masa untuk merancang dan membeli rumah selepas lima tahun menyewa.

“Kami sedang berunding dengan pelabur asing untuk menjadi pembiaya (Skim RTO),” katanya.

Comment
Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS