SHARE AND LIKE THIS POST

“Earnest Deposit” (ED) merupakan bayaran deposit awal yang biasanya menunjukkan “tanda jadi” atau “tanda setuju” dalam pembelian.

Dalam pembelian hartanah melalui ejen hartanah, jumlah ED yang biasanya perlu di bayar ialah 3% daripada harga belian.

Ejen Hartanah merupakan “stakeholder” atau pemegang amanah ED kerana ia merupakan sebahagian daripada harga pembelian yang dibayar pembeli dan bukan fee ejen hartanah walaupun ramai beranggapan demikian.

Bolehkah pembeli membayar ED kurang daripada 3%?
Dalam keadaan tertentu, amaun ED kurang dari 3% adalah dibenarkan walaupun biasanya sukar. Ianya bergantung bagaimana persetujuan atau perjanjian antara ejen hartanah dan juga penjual. Walau bagaimanapun pembeli boleh bertanya ejen hartanah utk persetujuan.

Biasanya ejen hartanah memegang ED sebagai bayaran fee professional ejen. Ini bermakna setelah penjualan dimuktamadkan dgn menandatangani Perjanjian Jual Beli, ED akan diambil oleh ejen hartanah sebagai bayaran fee oleh penjual (bukan pembeli).

Di sinilah di mana ejen hartanah melindungi kepentingan mereka kerana dalam sesetengah kes terdapat penjual yang meminta bayaran ED terus kepada mereka tetapi kemudiannya tidak membayar mengikut persetujuan atau langsung tidak membayar.

Bagi pihak pembeli, perkara berkaitan fee ejen hartanah bukanlah menjadi isu kerana ED tersebut sudah dianggap sebahagian daripada bayaran deposit pembelian.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai masalah untuk membayar terus jumlah 2% atau 3% ED dan mengharapkan sumber lain seperti pengeluaran KWSP, maklumkan kepada ejen hartanah dan mereka akan melakukan dan membantu apa yang sepatutnya utk anda.

https://www.facebook.com/mk.tipshartanah/posts/1574145472596153

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS