SHARE AND LIKE THIS POST
 Biasanya amaun deposit ini adalah 3% daripada harga pembelian.

Sekiranya pembelian melalui ejen/perunding hartanah, pembeli akan diminta untuk menandatangani Perjanjian/Surat Tawaran Untuk Membeli (‘Agreement To Purchase’ atau ‘Offer To Purchase’) berserta pembayaran 3% tersebut atas nama syarikat ejen hartanah berkenaan.

Jangan sama sekali membuat bayaran kepada individu atau kepada peguam jika anda membeli melalui ejen hartanah. Biasanya pembayaran kepada peguam hanya apabila anda membeli secara terus dengan penjual dan tidak melalui ejen hartanah.

Deposit ini kadangkala menjadi isu apabila terdapat sesetengah penjual atau ejen/perunding hartanah yang tidak memulangkan atau menyatakan deposit ‘hangus’ (forfeited) apabila pembeli tidak mahu meneruskan penjualan atas sebab-sebab tertentu seperti gagal mendapatkan pinjaman atau sebab-sebab lain.

Amaun 3% ini adalah banyak sebenarnya untuk dikira ‘hangus’ jika pembeli terpaksa membatalkan pembelian atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, jika pembelian sebanyak RM400,000 – jumlah 3% yang dibayar adalah RM12,000. Pastinya pembeli berasa tertekan, marah atau tertipu apabila deposit hangus namun hakikatnya ada sesetengah ejen/perunding hartanah tanpa rasa bersalah mengambil kesempatan atas perkara ini dan pembeli tidak mampu berbuat apa-apa kerana dalam sesetengah perjanjian atau surat yang ditandatangani sememangnya ada termaktub deposit akan ‘hangus’ jika pembeli membatalkan pembelian mereka (walaupun atas sebab yang munasabah).

Oleh itu apa yg pembeli seharusnya lakukan sebelum membuat pembayaran deposit dan menandatangi perjanjian tawaran pembelian (bukan perjanjian Jual Beli – “SPA”)?

Antara perkara utama yang harus dilakukan:-

1. Membaca dan meneliti kandungan terma dan syarat di dalam Perjanjian/Surat/Borang Tawaran Pembelian. Walaupun secara asasnya kandungan adalah sama namun setiap Ejensi Hartanah mungkin mempunyai sedikit perbezaan dalam terma perjanjian. Oleh itu, dapatkan penerangan jelas dan terperinci setiap terma yang terkandung satu persatu daripada ejen/perunding hartanah.
2. Masukkan “Terma Tambahan” di dalam ruangan “Other Terms” (Lihat Gambar di bawah). Bahagian ini membolehkan pembeli berbincang dengan ejen untuk berunding dengan penjual untuk memasukkan terma tertentu seperti.. “Deposit dipulangkan jika pinjaman gagal” (untuk mengelakkan deposit hangus), “Sewa pada RMXXX jika pindahmilik tidak diselesaikan dalam tempoh 6 bulan” atau apa-apa terma lain yang boleh dibincang.
Perkara 2. di atas amat penting supaya pembeli tidak terikat dengan terma asas yang kadangkala menyebabkan pembeli tiada pilihan untuk menuntut semula deposit/hak mereka.

Oleh itu, amat penting untuk melakukan 2 perkara di atas sebelum membuat sebarang bayaran dan menandatangani sebarang tawaran pembelian sebelum membeli rumah.

Harap maklum, apa yang dinyatakan di atas terpakai apabila anda membeli rumah ‘sub-sale’ melalui ejen/perunding hartanah kerana biasanya pembelian hartanah baharu kadangkala mempunyai terma berbeza dari pemaju walaupun melalui ejen hartanah.  Oleh itu pastikan anda bertanya perkara yang sama jika pemaju membenarkan pemulangan deposit sekiranya pinjaman gagal diperolehi sebelum membuat sebarang komitment pembelian.

 

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS