SHARE AND LIKE THIS POST

Ejen Hartanah yg biasa menjual hartanah berskala besar biasanya akan menyediakan “Information Memorandum” (IM) kepada bakal prospek pembeli mereka.

Tiada syarat khusus dlm penyediaan IM tetapi secara amnya apa yg boleh anda lakukan jika anda masih baharu dlm penyediaan IM adalah dengan mengikuti perkara berikut:-

🖊 IM sebaiknya mestilah K.I.S.S – “Keep it Short & Simple . Prospek biasanya akan melihat sepintas lalu terlebih dahulu untuk mengenalpasti hartanah yg dicadangkan utk penjualan sebelum meluangkan lebih masa utk lihat selanjutnya. Maklumat yg ringkas dan padat biasanya akan lebih cepat menarik perhatian. Namun begitu dalam memastikan ringkas dan padat, maklumat penting seharusnya tidak tertinggal di dalam IM.

🖊 Gunakan PowerPoint. Powerpoint presentation dlm bentuk landskap memudahkan anda menyediakan fail dan format presentation serta pdf sekaligus. Jika ada keperluan utk meeting dan presentation, anda boleh gunakan file yg sama seperti apa yg hantarkan terdahulu kepada prospek dlm bentuk PDF. Walau bagaimanapun tidak salah menyediakan dlm bentuk potrait atau menggunakan word cuma kelebihan format landskap apabila anda mempunyai halaman seperti pelan lantai, lokasi dan sebagainya.

🖊 Gunakan VISUAL utk presentasi di dalam IM. Visual seperti imej dinamik, carta dan lain-lain visual yg membolehkan prospek tertarik utk melihat adalah lebih berkesan berbanding penerangan dlm bentuk teks panjang.

🖊 Sebagai tambahan, anda boleh meletakkan link URL kepada informasi atau data yang boleh dimuat turun oleh prospek seperti data kewangan, carta dan sebagainya yang membolehkan prospek membuat analisa sendiri maklumat yg ada utk pertimbangan mereka. Boleh cuba gunakan QR code sebagai tambahan utk download link.

https://www.facebook.com/mk.tipshartanah/posts/1572370926106941

 

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS