SHARE AND LIKE THIS POST

Artikel ini merupakan Bahagian 4 daripada Siri Jom Beli Rumah Tips Hartanah. Di dalam bahagian 4, saya akan memberikan sedikit penerangan mengenai pemilihan rumah yang sesuai atau mengikut perancangan anda. Walau bagaimanapun topik ini agak panjang kerana pemilihan rumah melibatkan pelbagai perspektif.  Oleh itu dalam bahagian 4, fokus pemilihan rumah adalah perbandingan antara membeli rumah baharu ataupun rumah dalam pasaran sekunder (atau biasa dikenali sebagai “sub-sale”).

Sebelum anda teruskan pembacaan, sila lakukan peringkat terdahulu yang diterangkan di dalam posting terdahulu jika anda belum membacanya:-

Bahagian 1 – Semakan Status Kewangan CTOS & CCRIS
Bahagian 2 – Pengiraan Kelayakan dan ‘Debt Service Ratio’ (DSR)
Bahagian 3 – Perancangan Kewangan dan Bajet.

Rumah Baru vs Rumah Lama (“Pasaran Sekunder”)

Ini biasanya adalah persoalan utama dan biasa di kalangan pembeli rumah. Sudah tentunya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.  Antaranya:-

Rumah Baru

Kelebihan

  1. Kondisi elok (subjektif). Kadangkala ada juga yang kurang kualiti.
  2. Bebas melakukan renovasi mengikut citarasa sendiri.
  3. Jaminan pemaju untuk liabiliti kecacatan/kerosakan sehingga 24 bulan.
  4. Sesetengah kos pembelian (cth kos guaman) mungkin ditanggung oleh pemaju.

Kekurangan

  1. Kadangkala harga melebihi pasaran dan tidak berbaloi
  2. Kadangkala kualiti binaan rumah adalah rendah.
  3. Kadangkala pemaju lambat membaiki kerosakan dan menganggu perancangan untuk memasuki rumah.
  4. Perlu menunggu lama jika beli semasa pelancaran atau dalam pembinaan.
Rumah Pasaran Sekunder (“Sub-sale”)

Pembelian rumah dari pasaran sekunder atau rumah terpakai biasanya datang bersama stigma yang negatif bagi sesetengah pembeli.  Menjadi lumrah kebiasaanya pembeli mahukan rumah yang lebih baharu untuk mengelakkan masalah yang biasa berkait dengan rumah lama seperti kerosakan dan sebagainya.

Namun begitu rumah terpakai yang dibeli dari pemilik sebenarnya boleh juga memberikan lebih kebaikan dan keuntungan kepada bakal pembeli berbanding membeli rumah baharu.

Kelebihan

  1. Boleh memilih lokasi yang bersesuaian dengan tempat kerja, dan sebagainya.
  2. Harga mungkin lebih berbaloi berbanding membeli rumah baharu.
  3. Biasanya lekapan seperti kabinet, lampu, dan tambahan lain telah dibuat dan tersedia.

Kekurangan

  1. Kondisi mungkin agak kurang baik terutamanya jika terlalu lama. Kos tambahan.
  2. Tiada jaminan kerosakan/kecacatan dari penjual.  Beli dengan keadaan sedia ada (“as-is-where-is” basis).

Ini adalah serba sedikit faktor yang mungkin anda boleh ambilkira jika ingin memilih pembelian antara rumah baharu yang dibeli dari pemaju atau dibeli dalam pasaran sekunder dari pemilik.

Perbandingan di atas adalah secara am kerana ada juga keadaan di mana rumah pasaran sekunder yang masih baharu dan belum diduduki dan ada juga rumah baharu dari pemaju yang sudah siap dan sedia untuk dimasuki tanpa perlu tunggu tempoh yang panjang.

Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut sila ajukan kepada Tips Hartanah melalui FB atau email.

Dalam posting seterusnya kita akan melihat pilihan yang ada untuk dipertimbangkan dari segi skim perumahan dan pembiayaan seperti PPR, RMR, PR1MA,SRP, PPA1M dan lain-lain.

 

 

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS