Sebelum saya menulis posting ni, saya ingin ucapkan terima kasih kepada seorang Ahli TipsHartanah, iaitu Cik Zafirah sebab mengingatkan saya semula untuk menulis tentang Kaveat ni. Saya harap ‘posting’ saya ni dapat menjawab persoalan beliau.
Ok.. Persoalan yang biasa ditanya.. Saya lihat di dalam Geran saya tiba-tiba ada didaftarkan (dimasukkan) Kaveat Persendirian sedangkan saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Apakah sebenarnya Kaveat Persendirian tersebut? Dan apakah kesannya apabila geran saya didaftarkan kaveat persendirian tersebut?
Sebenarnya ramai yang kurang tahu atau kurang arif mengenai istilah-istilah seperti ini dan kesannya terhadap mereka di dalam hartanah dari segi undang-undang. Jika kita ambil Kaveat ini sendiri sebagai contoh, kesan sebenarnya adalah amat besar sekali kepada pemilik tanah tersebut.
Ini kerana apabila sesuatu kaveat dimasukkan (didaftarkan) ke atas sesuatu hakmilik tanah, maka ianya akan menghalang sebarang urusan daripada berlaku ke atas tanah tersebut! Maksudnya?…
maksudnya di sini adalah apabila hakmilik anda telah dimasukkan kaveat, maka anda tidak boleh menjual… menggadai atau memajakkan tanah tersebut atau apa juga urusan pindahmilik kepentingan sehinggalah kaveat tersebut dikeluarkan atau secara automatiknya tamat tempoh.
Ada berapa jenis kaveat?
Berdasarkan yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara (Akta 56 1965), Kaveat adalah terbahagi kepada 4 iaitu:
1) Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats) – Kaveat yang dimasukkan (didaftarkan) oleh Pendaftar Tanah ke atas Dokumen Hakmilik (Document of Title)
2) Kaveat Persendirian (Private Caveats) – Kaveat yang boleh dimasukkan oleh individu atau badan persendirian yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu tanah tersebut.
3) Kaveat Pemegang-Lien (Lien-Holders’ Caveats) – Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mana memegang dokumen hakmilik sebagai cagaran untuk tujuan tertentu seperti pemberian pinjaman (contohnya bank).
4) Kaveat Amanah (Trust Caveats) – Kaveat ini hanya dimasukkan oleh Pendaftar terhadap sebarang tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh seseorang individu atau badan sebagai pemegang amanah.
Terdapat beberapa keadaan tertentu yang membezakan kaveat-kaveat di atas dimasukkan. Secara ringkasnya, Kaveat Pendaftar adalah lebih kepada melindungi kepentingan yang berkaitan dengan hak-hak kerajaan atau individu pemilik tanah tersebut. Sebagai contohnya, untuk menghalang urusniaga palsu atau dicurigai daripada berlaku ke atas tanah tersebut atau kadangkala dimasukkan untuk tujuan siasatan rasmi cthnya polis, LHDN, dsbnya ke atas hartanah tersebut.
Bagi Kaveat Persendirian pula, ianya adalah lebih jelas dan mudah difahami. Kaveat jenis ini boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan kepentingan terhadap hakmilik tanah tersebut, walaupun bukan miliknya. Contohnya adalah orang yang telah membuat sebahagian pembayaran deposit untuk pembelian tersebut atau orang yang mempunyai perjanjian pajakan yang didaftarkan ke atas tanah tersebut. Walau bagaimanapun, kaveat persendirian ini tidak menghalang dari urusan-urusan lain daripada berlaku ke atas hakmilik tersebut seperti endorsement tertentu. Kaveat persendirian akan terbatal dengan sendirinya selepas 6 tahun.
[…] mengetahui, terdapat kes lain di mana pembeli (pembida) telah membeli hartanah lelong yang terdapat kaveat di dalam hakmiliknya. Ini bermakna pindahmilik memang tidak dapat dilakukan (teramat tipis) […]
[…] Kaveat (halangan ke atas tanah serta menghalang urusniaga) jika ada Kandungan1 Cara Carian Tanah Dibuat1.1 Langkah 11.2 Langkah 21.3 Langkah 31.4 Langkah 41.5 Langkah 52 Faedah Membuat Carian Tanah3 Nota […]
Assalamualaikum tuan,
Dalam geran tanah saya ada tulis kaveat persendirian. mcm mana nak tau sapa yang masukkan kaveat tu?
W’salam tuan,
Boleh buat carian hakmilik persendirian di pejabat tanah untuk tahu maklumat lanjut kaveat.
Salam tuan, saya nak tanya, jikalau kaveat persendirian telah tamat tempoh (6 tahun), bolehkah sambung semula..? Mohon pencerahan
Boleh. Pihak mengkaveat boleh memasukkan semula selagi beliau dapat membuktikan beliau mempunyai kepentingan ke atas tanah.
Saya beli rumah . Oleh kerana saya tak boleh buat pinjaman bank saya guna nama anak2 untuk buat pinjaman dan nama rumah diletakan atas nama mereka. Semua biaya kos rumah atau apa kos seperti cos guaman, cukai, ansuran bulanan bank, deposit adalah di bayar oleh saya sendiri tanpa ada sesen pun mengguna duit mereka. Saya telah selesai segala hutang bank dan malang sekali mereka enggan menukar nama kepada nama saya. Apa yang harus saya lakukan?
Kes seperti ini mungkin memerlukan perbicaraan di mahkamah untuk pembuktian hak yang dimaksudkan.. sebaiknya dapatkan nasihat peguam utk rundingan dgn pihak anak sebelum memfailkan kes di mahkamah.
Assalamualaikum Tuan, saya ingin pencerahan dari segi undang2 sekiranya bapa telah memajakkan tanahnye kepada slh seorang anknye (ank bongsu lelaki) dan ada membuat pejanjian sewa/pajak antara bapa dan ank tersebut tanpa persetujuan dr anak-anak yang lain.penyewa telah membuat surat perjanjian juga telah mengkaveatkan tanah tersebut.. andai kata dalam tempoh perjanjian ini (sbgai contoh ikat 15tahun) bapa @tn tanah yg memberi pajak ini meninggal dunia…adakah perjanjian tersebut terbatal atau masih boleh mengikat waris² lain sehingga tempoh pajakan tamat?
Bolehke tuan tanah masuk kaveat persendirian atas tanah sendiri .
Utk tujuan apa ye?. Sebarang transaksi perlu kebenaran pemilik tanah. OLeh itu tiada sebab utk tuan tanah menghalang diri sendiri melakukan transaksi dengan memasukkan kaveat.
Assalam tuan, sy nak beli satu lot tanah banglo. Di salam quotation yg pihak peguam berikan, dimasukkn kos utk pendaftaran kaveat.. Perlu kah sy daftar kaveat ini? Apa kesannya jika saya tak daftarkan kaveat
Assalam,
Kaveat biasanya menjadi keperluan kerana pihak bank mahukan perlindungan terhadap transaksi tersebut agar pihak penjual tidak dapat membuat transaksi lain (cthnya menjual) kepada pihak lain yang boleh memberikan kesan kepada pembeli dan juga bank.
[…] satu tahap Shahrir juga melakukan Kaveat Persendirian ke atas tanah […]
Assalamu’alaikum wbt….tuan!
Bolehkah saya ‘refinance’ rumah atas pemilikan saya sendiri ke bank walaupun rumah tersebut ada kaveat dr bekas isteri?
Mohon percerahan…tuan!
Sekian, terima kasih.
Wa’alaikumussalam Tuan,
Tidak boleh. Untuk cagarkan hartanah kepada bank perlulah besih dari sebarang ‘bebanan’ seperti kaveat. Sila bincang dengan bekas isteri terhadap sebarang tuntutan. Tuan boleh memohon untuk kaveat dikeluarkan di Pejabat Tanah. PTG akan maklumkan kepada bekas isteri, jika beliau enggan maka ianya akan dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan dan ini memerlukan kos tambahan.
Adik lelaki Ibu saya telah menipu Ibu saya.adik lelaki Ibu saya telah menggunakan rumah Ibu saya untuk membuat pinjaman bank.dia telah membuat pinjaman seperti membeli rumah Ibu saya.dia berjanji lepas bayar hutang dia Akan beri balik rumah itu kepada Ibu saya.tetapi selepas Ibu saya meninggal dunia dia telah tipu keluarga kami.boleh ke saya atau ayah saya buat kaveat atas rumah tersebut?
Soalan kurang jelas.
1) Berdasarkan info di atas , saya andaikan adik kepada ibu tuan telah membeli daripada ibu dan mendapatkan pinjaman seperti pembelian biasa.
Sekarang, nama pemilik berdaftar adalah adik kepada ibu – dan nama ibu tidak lagi wujud.
Jika ini benar, adakah sebarang perjanjian bertulis dilakukan sebelum urusan ini? Jika ada, kes ini lebih kepada kes sivil kerana wujud unsur penipuan. Tuan boleh membuat laporan polis dan dapatkan nasihat peguam. Kaveat boleh dimasukkan jika tuan mempunyai bukti kepentingan yg wujud atas hartanah tersebut.
Assalammualaikum tuan,
Saya ingin membeli sebuah hartanah lelong pada tahun ini. Dibahagian endorsement ada tertera KAVEAT PERSENDIRIAN TELAH DIMASUKKAN OLEH XXX melalui Perserahan No. XXX pada 2006.
Adakah saya boleh membeli lelongan ini?
Sebaiknya jangan membeli rumah lelong yang mempunyai kaveat melain kita tahu dengan jelas punca kaveat dan mempunyai peluang berunding dengan pihak yang yang memasukkan kaveat untuk mengeluarkannya.
Namun ini mungkin akan memakan masa dan sekiranya tidak pasti ianya boleh dikeluarkan sebaiknya elakkan dari membeli.
Salam tuan
Semasa urusan prosedur penyaksian di buat di Pej Tanah antara pembeli dan pembeli, ada dikalangan adik beradik berhasrat untuk masukan kaveat. Bolehkah proses kaveat itu berjalan?
Bagaimana cara halang kaveat berlaku sebab penjual telah terima deposit dari pembeli sebanyak 10%
Ada satu kes tanah sudah dijual. Nama pemilik salah seorang ibu saya. Ibu saya tidak setuju tanah itu dijual dan tidak menandatangani apa² dokumen. Persoalanya nama² yg terlibat sudah menerima duit jualan tanah itu kecuali ibu saya. Ibu saya sudah meninggal selepas urusniaga ini. Adakah saya sebagai waris berhak menuntut permasalahan ini. Mohon pencerahan pihak tuan terhadap perkara ini
Sekiranya terdapat seorang dari pemilik tanah tidak bersetuju maka pindahmilik tidak boleh diteruskan. Persoalannya jika tidak setuju bagaimana ia boleh dijual. Mungkin ada instrument lain digunakan. Perlu ada bukti ketika pindahmilik persetujuan pemilik.
Sekiranya telah terjual pemilik/waris boleh menuntuk hak.
Maaf tuan saya nak Tanya boleh ke kaveat di tarikh balik sblm 6 tahun tuan ,dan blh ke rumah tu dijual semasa didlm kaveat lagi tq
Boleh perlu buat permohonan di pejabat tanah untuk pembatalan namun tertakluk kepada persetujuan pihak pengkaveat.
Tidak boleh pindahmilik/jual sekiranya ada kaveat.
Salam tuan, nak tanya, untuk kaveat pertama yang dah terbatal selepas 6 tahun, bolehkah di masukkan semula kaveat oleh orang yang sama?
Terima kasih.
Boleh. Sekiranya tidak bersetuju perlu mohon pembatalan selepas dimasukkan semula dan hadiri perbicaraaan di Mahkamah.
saya ada situasi yang dimana ayah saya sudah mengkaveat tanah yang kami beli ini. tanah ini kami beli ini dah dibina rumah. jika ayah saya sudah membuka kaveat rumah ini dan tanh ini sudah oun dijual dengan orang lain, bagaimana saya nak selamatkan tanah ayah saya ini? adakah saya boleh mengkaveat kembali tanah ini? mohon balas
Soalan kurang jelas.
Tanah ayah? Beli dari ayah dan bina rumah?
Ayah masukkan kaveat dan jual tanah tersebut walaupun telah dijual kepada tuan/puan?
Berikut jawapan am.
Sekiranya tuan/puan boleh membuktikan bahawa tuan/puan mempunyai kepentingan terhadap tanah tersebut maka kaveat boleh dimasukkan. Namun pemilik tanah boleh memohon kaveat tersebut dibatalkan. sekiranya tuan/puan tidak berpuashati disebabkan ada urusan yang tidak selesai maka perbicaraan di mahkamah akan dilakukan untuk menentukan keputusan yang sepatutnya.
Hi MK,
Rakan saya ingin menjual tanahnya, tetapi tanahnya menpunyai kaveat pendaftar yang mana dia belum menjelaskan premium tanah kepada kerajaan disebabkan masalah modal.
Mintak nasihat tuan untuk menjelaskan bagaimana caranya sekiranya saya ingin pembelian tanah yang menpunyai Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats). adakah mungkin saya boleh memohon pinjaman bank untuk membeli tanah yang mempunyai Kaveat Pendaftar (Registrar’s Caveats).
mohon balas.
Hi MR,
Pertamanya pastikan sebab Kaveat Pendaftar itu dimasukkan – adakah disebabkan bayaran premium atau ada sebab lain.
Jika benar kerana bayaran premium belum dijelaskan, ianya perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum kaveat dikeluarkan.
Bank tidak memberikan pinjaman untuk tanah yang mempunyai bebanan seperti kaveat.
Terima kasih.
Salam sejahtera
Nak tanye dan kepastian
soalan 1: Suami saya telah meninggal dunia pada tahun 2018. Seblm meninggal dia ada memberi Geran rumah pada saya(hajat ingin menukar nama pemilik rumah kpd saya..(tidak sempat dia meninggal) n masih dalam pegangan saya. Geran ada 3 nama. ((1/3 bahagian setiap seorng) Selepas meninggal i telah kaveat rumah tersebut disebabkan keluarga belah suami ingin rumah tersebut.dan ingin menukar nama tanpa pengetahuan i dan menyatakan i xada hak. Sbb itu i buat KAVEAT ke atas rumah itu.
soalan 2:
Adakah i masih ada hak terhadap rumah tersebut
soalan 3: Bolehkah mereka boleh tukar hak milik rumah tanpa pengetahuan /persetujuan/tandatangan i .
Soalan 4: Selepas tempoh tamat kaveat adakah mrk blh mebuat pertukaran nama ke atas rumah itu
Puan Gangga,
Puan mempunyai hak ke atas 1/3 dari rumah tersebut di bawah undang2. Siapakah pemilik lain untuk 2/3 bahagian lagi?
Pindahmilik tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan semua pemilik berdaftar dan jika kaveat dimasukkan.
Boleh email kepada saya untuk penerangan lanjut. TQ.
Salam Tn..
Saya ingin minta pendapat Tn berkaitan satu perkara yang berlaku keatas saya..
Baru2 saya telah membeli tanah, geran sarekah (belum pecah lot) dan dalam geran tersebut ada dua belas nama kesemuanya…setelah dibeli, salah seorang penama dalam geran tersebut tidak puashati kedududkan tanah yang telah saya beli..pemilik yang menjual tanah sebelum ini pun mengesahkan itu adalah tapak saya yang saya beli dan ada beberapa penama dalam geran pun tahu..alasan beliau saya penama baru tidak boleh menentukan tapak tanah saya dan saya bagi tahu dia saya beli berdasarkan pemilik asal juga …maka beliau mengugut saya untuk kaveat tanah tersebut…
– Bolehkah beliau buat kaveat keatas tanah tersebut tanpa persetujuan penama2 didalam geran itu
– Apakah penyelesaian untuk masalah saya ni Tn
Beliau boleh memasukkan kaveat sebagai pemilik bersama tanah tersebut. Mungkin boleh rujuk kepada perjanjian jualbeli dari pemilik asal serta pelan pecah bahagian yang disertakan jika ada.
Salam..tuan saya ingin bertanya bekenaan kawasan kelulusan kawasan kuari dari pjbt hutan apakah kawasan tersebut boleh di kaveat di pjbt tanah atau di pjbt hutan atau kaveat hanya boleh digunakan hanya urusan di pejabat tanah. alasan kaveat adalah utk tidak ada yg boleh menjalankan kerja2 selain dari syarikat yg diberi tanggungjawab.
Salam Tuan , rumah saya status “ Kaveat Pendaftar atas tanah” apakah maksud ini ? Ayah saya telah meninggal dunia Dan kami hendak menukar nama hak milik.. apakah yg patut saya buat
Bolehkah tanah pajakan negeri Di jual kpd bangsa cina,Di Pahang permohonan tukar milik tanah kpd cina tidal mendapat sokongan o menteri besar,kenapa yer?Mohon pencerahan Dan Cara Cara lain yg boleh tanah tersebut dijual kod bangsa cina…
Assalamu’alaikum tuan. Saya dan bekas suami telah bercerai dan saya belum membuat tuntutan harta sepencarian. Rumah kelamin yang dibeli dalam tempoh perkahwinan atas nama bekas suami dan segala bayaran ditanggung oleh bekas suami. Saya hanya surirumah yang memberi sumbangan secara tidak langsung sahaja. Bolehkah saya kaveatkan rumah tersebut untuk megelakkan bekas suami menjual rumah tersebut tanpa pengetahuan saya dan tuntutan harta sepencarian belum selesai? Terima kasih.
Salam tuan, untuk kaveat persendirian, tanah saya telah dikaveat oleh org lain. Boleh ke saya sebagai pemilik jual tanah tersebut walau sdg dlm tempoh kaveat?
Hello, slmt ptg, nak tanya ya, jika tanah yg dah kena kaveat, macam mana baru dapat buka kaveatnya jika ada orang nak beli tanahnya tu ?
Saya sebagai pemilik tanah yg berdaftar dan tiba2 ada sesorang memohon ke pejabat tanah untuk tanah saya dikaveat kan, masalahnya saya tidak pernah pun mengenal dia siapa, dan boleh kah saya membatalkan kaveat tersebut ? dan kalau seandainya saya meninggal apa akan terjadi pada tanah tersebut ? saya sudah bertanya ke pejabat tanah bahawa orang yang memohan kavet tersebut tidak boleh menukar nama tanah itu atas alasan dia memang tidak layak membeli,memiliki atau menukar nama atas namanya.
Hello, saya nak tanya apa ita kaveat ya. boleh ke memberikan saya penerang ? TQ
Salam tuan,bapa angkat sy mempunyai 2 1/2 ekar tanah,1 ekar telah dinamakan atas nama sy dlm geran atas pemberian kasih sayang dn semasa pemberiannya keadaan bapa waras dan tiada paksaan.Selepas 3 thun ni anak2 kandung bapa angkat saya ni nk tuntut semula dan mendesak untuk diletakkan kembali ke nama bapanya,disebabkn keadaan bapa angkat seringkali lupa dan ingat,dan mereka berjanji tidak akan menghalau sy anak beranak dari tanah tersebut. Untuk pengetahuan tuan sy telah dirikan rumah itu selepas tanah tersebut dipindah milik keatas nama sy.Sy beritahu mereka,sy bole letakkn kembali nama asal tersebut tetapi sy ingin tuntut segala kos rumah yg sy bina dibayar,tetapi mereka tidak mahu membayarnya walau sesen.Sejak dri itu sy keluar dari tanah tersebut disebabkan x mahu dengar apa yg mereka mahukan dan desak tukar nama.sy bercadang ingin menjual shj tanah tersebut bahagian sy..sekiranya sy ingin jual.Baru2 ni sy diberitahu tanah sy nk di kaveatkn mereka,harap pihak tuan beri penerangan apa harus sy lakukn,kebaikan serta keburuknnya dan cara selesaiknnya
Sebagai pemenang amanah boleh ke individu tersebut..menjual atau menukar nama kepada orang lain…
Kakak suami saya dah buat kaveat untuk rumah mak dia tanpa pengetahuan suami sy.. mcm mana nak batalkan kaveat dn masuk kan nama suami nye untuk rumah ni…
Assalamualaikum maaf nak bertanya,
Berkenaan dgn kes husband saya
Dalam geran tanah yg dibeli arwah atok suami,hanya ada nama suami.
Tapi setelah kami kahwin makcik belah suami tidak puashati dan tak percaya takut kami jual tanah arwah atok. (Fyi: makcik singaporean dan telah jadi warganegara malaysia hanya utk nak nama dalam geran)
Setelah nenek meninggal,tak sangka makcik nak jual tanah ni. Alasan tak larat nak jaga. Sedangkan kami duduk di tanah ni tiada apa pun yg dia jaga. Just ada nama dia sahaja di geran. Dan bermacam2 alasan dia beri utk jual tanah pusaka arwah atok.
Yang kami geram,makcik seperti memaksa kami utk cari rumah sewa dan akan berikan kami ganjaran yg disebut hanyalah rm10k. Dan selebihnya konon ingin dibahagi utk sedara mara yg lain.
Kami tiada tempat tinggal lain selain tanah/rumah pusaka arwah atok ni sahaja.
Makcik tidak pernah sama sekali berbincang dgn husband
Siapa nak beli , berapa harga tanah dia jual,dan urusan2 berkaitan ingin jual tanah ni. Dia just paksa kami keluar dan paksa husband drop nama dari geran.
Pihak peguam pun tiada call atau ingin berjumpa dgn husband.
Fyi. Tanah pusaka arwah atok terletak di kg melayu majidee johor bahru. Makcik kami siap tipu mengatakan value tanah di kg melayu majidee ni akan turun . Sedangkan kami duduk di kawasan bandar . Yg ramai org mahukan tanah dekat sini. Dan bermacam alasan dia berikan.
Bolehkah husband buat cavaet ? Tujuan tidak bersetuju utk jual tanah pusaka arwah atok? Dan perlukah kami utk mengambil peguam dalam kes ini? Jika husband buat kaveat , boleh kah urusan jual beli tanah ini diteruskan? Atau perlukan juga husband dalam kes ni?
Terima kasih
Salam ingin bertnya,
Dalam kes Ni, si isteri duduk dirumah yang ada, dan sebhagian telah dicaveatkan oleh isteri, tkut (ex suami) jual rumah. Rumah itu atas nama (ex suami), tahun lpas ada menyatakan untuk menjual rumah tersebut.
Ex isteri sudah DPT kelulusan Dari pihak mahkamah syarie yang isteri dapat 50% Hal.milik Tanah sbgai hartanpencarian..
Dan perlukah kami utk mengambil peguam dalam kes ini? Jika ex wife buat kaveat , boleh kah urusan jual beli tanah ini diteruskan? Atau perlukan juga husband dalam kes ni?
Atau bgaimana Cara untuk ex isteri untuk menjual rumah tersebut atau ape perlu dibuat. Tksh.
Lokasi rumah diampang.