SHARE AND LIKE THIS POST

Baru-baru ini saya fikir anda pasti terdengar atau terbaca mengenai berita-berita berkaitan masalah pembeli-pembeli rumah bertingkat seperti flat, apartment atau kondominium (Rumah baru dari Pemaju) sehingga kepada cadangan mewujudkan satu badan/pihak yang diberi nama Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Buildings – COB).

Jika diluluskan di Parlimen nanti, Pesuruhaya Bangunan (COB) ini yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri akan bertindak sebagai ‘orang tengah’ dan mengendalikan segala yang berkaitan dengan pembeli dan pemaju dalam sesebuah projek di dalam negeri tersebut. Ini bermaksud, setiap negeri akan mempunyai COB mereka sendiri dan Kerajaan Negeri juga adalah bebas untuk menentukan bilangan COB ini berdasarkan kepada keperluan di dalam pentadbiran negeri berkenaan.

Semoga dengan adanya COB ini nanti diharapkan segala komplen-komplen mengenai ketidakpuashatian pembeli rumah mengenai penyelenggaraan bangunan dapat dihentikan terutamanya ketika tempoh penyerahan unit sehinggalah kepada hakmilik strata dikeluarkan.

Pada masa ini, kebanyakan bangunan (hampir 100%) diuruskan oleh pemaju sendiri untuk segala urusan penyelenggaraan sehinggalah pembeli menerima Hakmilik Strata mereka sendiri di mana pada ketika itu barulah ia diserahkan kepada ‘Management Corporation’ (MC) yang terdiri daripada pembeli/pemilik unit-unit di dalam bangunan tersebut. Inilah yang menyebabkan terdapatnya banyak komplen ketika pengurusan bangunan berkenaan oleh pemaju akibat daripada pengurusan yang tidak sempurna dan bermasalah yang mana ketika ini tiada tindakan khusus yang boleh dilakukan oleh pemilik mengikut saluran atau tertakluk kepada undang-undang tertentu. Inilah antara bidang kuasa yang akan diletakkan di bawah COB ini kelak yang diharapkan dapat melicinkan segala urusan berkaitan.

Undang-undang baru ini di bawah Akta Pengurusan Hartanah dijangka akan diusulkan di Parlimen pada bulan Disember ini.

Adakah anda salah seorang pembeli hartanah strata (apartment, kondominium dsb) yang menghadapi masalah ketika membeli ataupun masalah berkaitan pengurusan bangunan kediaman anda? Berikan komen anda mengenai cadangan penubuhan jawatan Commissioner of Building (COB) ini…

Tawaran Istimewa dari Lazada:
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniLebuhraya Kemuning-Shah Alam
Artikel seterusnyaApa maksud kaveat (caveat)?
16 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

5 KOMEN

  1. Saya menghadapi masalah yg agak serupa, tapi saya membeli tanah yg dinamakan Genting Valley, terletak berhampiran Batang Kali, dan kalau saya tak silap kedudukannya berhampiran Genting Highlands. Ia dibina bertujuan sebagai tanah lot banglo, tetapi terbengkalai, sudah sekian lama, hampir 3 tahun. Saya sudah membayar tunai sebanyak 60%, dan selebihnya mereka tidak minta sebab terbengkalai, apa patut saya buat? Nama company tu Jade San Realty. Harap boleh bantu.

    Terima kasih.

  2. persatuan penduduk pangsapuri suci yang beralamat 2-17-17 jln sri jati 3 tmn sri jati 58200 kuala lumpur,yang dipengerusikan oleh encik sani sanusi memohon kepada pesuruhjaya supaya bayaran maintenance bagi pangsapuri suci di kurang kan dari rm 80 kepada rm 30 ,selain itu masaalah parking tak cukup air curi dan taman permainan yang terletak ditengah pangspuri tidak sesuai kerana bunyi bising dan beberapa masaalah lain
    sekian diharap aduan ini mendapat perhatian dan tindakan.

  3. Persatuan penduduk rosana ville 2B putra perdana mencadangkan penyelenggaraan bangunan diambil oleh pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran sepang .MPSp akan mengupah/tender kepada kontrator jika ada kerosakan yang dialami oleh bangunan tersebut.lagipun pemilik bangunan juga terpaksa bayaran lain seperti cukai pintu dan cukai tanah. jika dicampur dalam setahun lebih kurang RM700 sedangkan rumah teres sederhana cuma bayar cukai pintu dan cukai tanah berjumlah tidak sampai RM400 setahun.
    walau wujud akta 663 tidak akan menyelesaikan masalah penyelenggaraan bangunan.
    mereka duduk di flat/pangsapuri/kondo tahu tentang permasalahan ini dari mereka yang tidak duduk atau membeli rumah jenis bertingkat.
    sekian diharap aduan ini diambilberat

  4. Assalam…. saya nak tanya kalau lantai bilik air rumah atas kita berlaku leaking menyebabkan siling bilik air kita rosak boleh ke kita claim pembaikan/penggantian kepada pemilik rumah atas kita tu. Bagaimana dengan undang-undang yg terpakai sedia ada.

    Tqvm

BERI MAKLUM BALAS