SHARE AND LIKE THIS POST

Kadang-kadang seseorang boleh melenting atau terkejut bila tahu ada kaveat dimasukkan dalam geran (dokumen hakmilik) mereka.

Jangan risau, anda hanya perlu lakukan beberapa perkara sahaja untuk mengeluarkannya.

Tetapi sebelum itu, untuk mereka yang belum mengetahui apakah Kaveat?  Anda boleh baca penerangan lanjut dan jenis-jenis kaveat di posting http://tipshartanah.net/blog/2006/12/06/apa-maksud-kaveat-caveat/

Untuk penerangan topik ini, saya hanya merujuk kepada KAVEAT PERSENDIRIAN di mana ianya merupakan kaveat yang amat biasa dimasukkan ke dalam hakmilik seseorang individu.

Perkara pertama yang perlu anda tahu – kaveat akan menghalang sebarang transaksi ke atas hartanah tersebut.  Ini bermakna tiada pindahmilik atau urusan berkaitan boleh dilakukan sehingga kaveat tersebut dikeluarkan.

Kedua.. Kaveat persendirian akan tamat SECARA SENDIRI selepas tempoh 6 tahun.  Ini bermakna selepas 6 tahun ia dimasukkan, kaveat itu tidak lagi terpakai dan tiada lagi halangan atau sekatan terhadapa urusniaga seperti sebelumnya.

Jadi bagaimana cara dan proses untuk keluarkan atau membatalkan kaveat ini?

1. Pergi ke Pejabat Tanah berkenaan di mana dokumen hakmilik anda disimpan/didaftarkan.  Rujuk dokument hakmilik.  Ingin penerangan tentang hakmilik? Baca http://tipshartanah.net/blog/2012/07/02/antara-freehold-leasehold-dan-hakmilik-sementara/

2.  Buat carian hakmilik dan kenalpasti siapa yang memasukkan kaveat tersebut.  Maklumat kaveat akan diletakkan dalam hakmilik anda – Maklumat pihak yang kaveat tarikh dan lain-lain.

3. Jika anda kenal pihak tersebut atau pernah berurusan dengan pihak berkenaan, hubungi terlebih dahulu untuk perbincangan bagi mengatasi masalah yang wujud.  Biasanya ia melibatkan wang atau kepentingan.  Contoh, wang deposit yang pernah dibayar untuk pembelian atau berkaitan harta pusaka.

4. Jika anda tidak mengenali pihak yang memasukkan kaveat – anda boleh memohon kepada Pejabat Tanah untuk membatalkan kaveat tersebut melalui Borang 19H.  Anda juga boleh terus melakukan ini jika tidak mahu berurusan dengan pihak yang anda kenal jika anda mempunyai asas untuk perbicaraan di Mahkamah nanti jika pihak berkenaan memohon lanjutan.

5. Pejabat Tanah akan menghantar notis rasmi (Borang 19C) kepada pihak yang memasukkan kaveat.

Borang

 

6. Pihat berkenaan (kaveator) mempunyai tempoh 2 bulan dari tarikh penyampaian notis untuk memohon di Mahkamah Tinggi lanjutan atau melalui perbicaraan.

7. Sekiranya tiada respon dari kaveator untuk lanjutan maka kaveat akan dibatalkan.

Itu sahaja prosesnya… agak ringkas tapi kadangkala akan berliku jika pihak yang memasukkan kaveat memohon lanjutan dan perbicaraan diadakan untuk menentukan masalah berkaitan kaveat.

Apa yang penting anda tahu proses yang sewajarnya dilakukan jika tanah anda dimasukkan kaveat oleh pihak lain.

Comment
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum ini‘Letak syarat pembeli rumah culas PTPTN’
Artikel seterusnyaPasaran agak lemah
Sambil melabur dalam hartanah, MK juga suka bersembang pasal hartanah. Mula menulis ebook hartanah pada 2006. MK mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam bidang hartanah antaranya penilaian, agensi hartanah, jualan dan suka berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain melalui penulisan di blog dan facebook.

BERI MAKLUM BALAS