SHARE AND LIKE THIS POST

Sebenarnya perkara ni dah lama bermain di fikiran saya dan saya rasa amat penting untuk saya kongsikan bersama..

Apa yang saya maksudkan?… sebenarnya perbezaan yang perlu anda ketahui antara 3 perkara ini iaitu..
1) HARGA PERMINTAAN (Asking Price)
2) HARGA JUALAN (Selling Price)
3) NILAI PASARAN (Market Value).

Kenapa ini penting untuk anda ketahui?

Ini adalah penting supaya anda tidak keliru apabila membuat pembelian hartanah, menandatangani perjanjian jualbeli (SPA) dan juga ketika mendapatkan pinjaman..
Terutamanya ketika anda merancang untuk mendapatkan pinjaman 100% atau maksimum (hehehe… hint!..hint!)…

Baiklah.. biar saya jelaskan dalam bahasa yang mudah anda faham..

1) Apakah maksud HARGA PERMINTAAN (Asking Price)
Harga Permintaan biasanya hanya wujud apabila hartanah yang dijual itu merupakan hartanah ‘second-hand’ atau dijual daripada pemilik terdahulu – sama ada secara sendiri atau melalui pihak lain seperti Ejen Hartanah. Bagi hartanah baru seperti jualan dari pemaju, istilah Harga Permintaan ini tidak wujud kerana Harga tersebut merupakan Harga Jualan (Lihat Bahagian 2 selepas ini)..

Harga Permintaan boleh jadi sama dengan HARGA JUALAN atau NILAI PASARAN ataupun KEDUA-DUANYA sekali. Bagaimana boleh jadi demikian?..

Jawapannya ringkas… Pemilik menjualnya pada Harga NILAI PASARAN yang mana beliau mungkin telah terlebih dahulu membuat Penilaian Rasmi untuk hartanah berkenaan. Walau bagaimanapun ini jarang terjadi.. kerana biasanya pemilik tidak mahu mengeluarkan kos untuk penilaian rasmi tersebut dan hanya menyemak harga semasa melalui ejen-ejen hartanah.

Kebiasaanya semasa penjualan sesuatu hartanah, Harga yang diletakkan oleh Penjual adalah dikenali sebagai HARGA PERMINTAAN. Dalam kebanyakan kes di Malaysia, harga ini sedikit tinggi disebabkan faktor-faktor subjektif (nantikan ebook saya akan datang mengenai ‘Panduan Menjual Rumah’) yang mempengaruhi penjual (pemilik) semasa mahu menjual hartanah berkenaan. Oleh itu, HARGA PERMINTAAN ini jarang menjadi HARGA JUALAN kerana kebiasaannya terdapat penawaran dalam proses jualbeli tersebut. Inilah juga yang menjadi faktor utama mengapa sesetengah Penjual lebih cenderung untuk meletakkan Harga Permintaan yang lebih tinggi kerana memikirkan sikap pembeli ini yang amat suka untuk tawar-menawar. Tetapi AWAS!!.. Harga Permintaan yang tinggi akan hanya memberikan kesan yang lebih buruk kepada Penjual… lebih-lebih lagi jika beliau mahu menjualnya dengan segera..

2) Bagaimana pula dengan HARGA JUALAN?
OK, anda sudah berjaya mendapat pembeli untuk hartanah anda.. dan beliau setuju untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk pembelian tersebut.. Apakah maksudnya dan kaitannya di sini?

Ini bermaksud anda telah menjual hartanah anda pada suatu harga yang dikenali sebagai HARGA JUALAN yang mana harga ini akan termaktub di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut dan segala urusan berkenaan pembelian hartanah tersebut akan berpandukan kepada HARGA JUALAN tersebut. Ataupun ia juga dikenali sebagai HARGA BELIAN jika merujuk kepada anda sebagai seorang Pembeli. HARGA JUALAN/PEMBELIAN ini juga akan dirujuk oleh bank dalam meluluskan dan memberikan sesuatu pinjaman.

Walau bagaimanapun, haruslah diingat TIDAK SEMESTINYA bank atau pihak pembiaya akan memberikan pinjaman kepada anda berdasarkan HARGA BELIAN tersebut! Mengapa? Sila baca kaitan HARGA BELIAN ini dengan NILAI PASARAN…

3) Kepentingan NILAI PASARAN
Anda sudah mengetahui apakah maksud HARGA PERMINTAAN dan juga HARGA JUALAN/HARGA BELIAN. Apakah pula NILAI PASARAN ataupun dirujuk sebagai NILAI PASARAN SEMASA dan apakah kepentingannya? Dan mengapakah anda perlu tahu NILAI PASARAN sesuatu hartanah sebelum anda menjual atau membeli hartanah tersebut? (Dapatkan penerangan mengenai Membuat Penilaian Hartanah di dalam ebook saya ‘Panduan Membeli Rumah’).

NILAI PASARAN seperti yang dinyatakan terdahulu, boleh menjadi sama, lebih tinggi atau lebih rendah daripada HARGA JUALAN/BELIAN. NILAI PASARAN ini ditentukan oleh Penilai Hartanah Bertauliah yang mana inilah yang sebenarnya dirujuk sebagai faktor utama kelulusan pinjaman pembelian hartanah anda.

NILAI PASARAN yang sama dengan HARGA JUALAN/BELIAN mungkin tidak menjadi masalah kepada anda ataupun pihak bank. Tetapi… Apakah kesannya jika NILAI PASARAN lebih tinggi atau lebih rendah daripada HARGA JUALAN/BELIAN hartanah tersebut?

Anda mungkin fikir kelebihan di pihak anda jika NILAI PASARAN lebih tinggi dari harga pembelian anda dan anda berpeluang mendapat pinjaman yang lebih tinggi… tetapi hakikatnya ia tidak sedemikian! Dari suatu segi anda sememangnya beruntung kerana membeli hartanah tersebut di bawah NILAI PASARAN tetapi jangan berharap pihak bank akan memberikan anda pinjaman yang lebih kerana jika anda membeli hartanah tersebut lebih rendah daripada NILAI PASARAN tersebut.

Ini kerana dalam memberikan kelulusan sesuatu pinjaman, bank akan berpandukan kepada mana-mana satu (sama ada HARGA BELIAN atau NILAI PASARAN) yang lebih rendah dan bukannya semata-mata merujuk kepada NILAI PASARAN ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda mengetahui NILAI PASARAN SEMASA untuk hartanah anda.

Saya harap sekarang anda sudahpun tahu apakah maksud dan perbezaan ketiga-tiga (mungkin empat kot.. hmmm..) tersebut dan semoga tahu bagaimana untuk mendapatkan faedah daripadanya.. (sekali lagi.. hint!.. hint!).. ๐Ÿ™‚

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Penilaian kepada seorang pembeli, dapatkan ebook ‘Panduan Membeli Rumah‘ saya di www.tipshartanah.com

dan nantikan ebook saya ‘Panduan Menjual Rumah Yang Menguntungkan‘ yang bakal dikeluarkan untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat HARGA MAKSIMUM daripada penjualan rumah anda. Ya… bukan sekadar meletakkan HARGA TINGGI yang hanya bakal memberikan negatif kepada anda!…

Comment
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniApa maksud kaveat (caveat)?
Artikel seterusnyaTips Hartanah berwajah baru…
19 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

3 KOMEN

  1. NILAI PASARAN ini ditentukan oleh Penilai Hartanah Bertauliah yang mana inilah yang sebenarnya dirujuk sebagai faktor utama kelulusan pinjaman pembelian hartanah anda.

    Nak Komen sikit :
    Benarkan Penilai Bertauliah menentukan Nilai pasaran. I dont think so !.
    Nilai Pasaran ditentukan oleh “willing buyer and willing seller”…tanpa ada unsur-unsur paksaan dalam transaksi tersebut maka sesuatu jualbeli hartanah akan dikira sebagai nilai pasaran.

  2. Ah Nilai,

    Penilai Hartanah bertauliah ini akan melakukan penilaian berdasarkan data-data transaksi SEMASA dan TERKINI di KAWASAN YANG SAMA dan pelarasan (adjustment) akan dilakukan ke atas faktor-faktor tertentu seperti ubahsuai, kedudukan, dsb yang akhirnya barulah akan mencapai nilai pasaran semasa untuk hartanah berkenaan.

    Apa yang anda nyatakan Nilai Pasaran ditentukan oleh “willing buyer and willing seller” โ€ฆtanpa ada unsur-unsur paksaan dalam transaksi tersebut – sememangnya benar dan harus diingat, ‘willing buyer and willing seller’ ini merujuk kepada kawasan berkenaan secara amnya dan bukannya hartanah itu semata-mata yang boleh dipengaruhi oleh unsur-unsur lain
    seperti ‘sentimental value’, ‘desperate sale’ atau MUNGKIN ‘under-table money’ dan sebagainya.

    Itulah sebabnya, penilai bertauliah akan melakukan penilaian sewajarnya berdasarkan transaksi-transaksi TERKINI hartanah yang lain di kawasan yang sama untuk mencapai suatu nilai pasaran bagi sesuatu hartanah.

    Harap jawapan ini membantu..

  3. Adakah harga transaksi harta tanah dalam pasaran primer (principle sale) ini mempunyai hubungkait dengan harga transaksi harta tanah dalam pasaran sekunder (sub-sale)?

BERI MAKLUM BALAS