Syarat Dana Rumah Mampu Milik dilonggarkan- Guan Eng

67
0
SHARE AND LIKE THIS POST

PUTRAJAYA 22 Ogos- Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan syarat untuk permohonan Dana Rumah Mampu Milik yang bernilai RM1 bilion akan dilonggarkan mulai 1 September ini.

Menurut Guan Eng, pada asalnya dana berkenaan disediakan untuk membantu mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM2,300 sebulan untuk membeli rumah berharga tidak melebihi RM150,000.

Mulai 1 September ini katanya, syarat dilonggarkan dengan individu berpendapatan tidak melebihi RM4,360 sebulan yang ingin membeli rumah berharga tidak melebihi RM300,000 layak untuk memohon.

“Semua pemohon yang berjaya akan menikmati kadar faedah yang rendah iaitu pada kadar 3.5 peratus setahun, dengan tempoh pinjaman sepanjang 40 tahun. Pemohon juga akan mendapat pengecualian duti setem.

“Syarat itu dilonggarkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk manfaat dari dana berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kumpulan Fokus Belanjawan 2020 Perumahan Mampu Milik di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.-UTUSAN ONLINE.

Comment

BERI MAKLUM BALAS