HOC tawar rebat pembelian rumah RM100, 000

18
0
SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA LUMPUR 16 April – Orang ramai yang tidak berkesempatan hadir ke Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 yang lalu di sekitar Lembah Klang boleh merebut peluang kali kedua di Mid Valley Exhibition Centre pada 26 hingga 28 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Mapex, Datuk Ng. Seing Liong berkata, kempen tersebut adalah satu inisiatif Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyahut hasrat kerajaan dalam bajet 2019 bagi pemilikan rumah.

“Lebih daripada 72 pemaju hartanah yang akan menyertai kempen itu dengan menawarkan sebanyak 17,420 hartanah kediaman dan komersial,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma REHDA, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

HOC 2019 yang akan diadakan di Pusat Membeli Belah Mid Valley selama tiga hari itu akan dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Seing Liong menambah, expo itu akan menawarkan harga pemilikan hartanah bermula RM300,000 hingga RM2.5 juta berserta diskaun yang akan ditawarkan oleh pemaju hartanah terbabit.

“Kempen tersebut turut bekerjasama dengan tujuh agensi kewangan seperti CIMB Bank Berhad, Maybank dan Hong Leong Bank bagi membantu para pelanggan mendapatkan perkhidmatan kewangan.

“HOC turut menawarkan rebat sebanyak RM100, 000 kepada 50 pengunjung terawal akan menerima rebat sebanyak RM2,000 setiap satu pemilikan hartanah semasa kempen itu berlangsung,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comment
Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS