SHARE AND LIKE THIS POST

JOHOR BAHRU: Johor Land Bhd (JLand) menyasarkan jualan hartanah bernilai RM50 juta sempena Festival JLand 2018 @ Bandar Dato Onn pada 14 hingga 16 Disember depan.

Pengurus Besar Jabatan Pemasaran dan Dokumentasi Jualan JLand, Mohd Hizam Abdul Rauf berkata, antara hartanah dan unit kediaman yang akan dipromosikan termasuk di Bandar Dato’ Onn, Taman Bukit Dahlia di Pasir Gudang, Taman Mutiara Gading di Batu Pahat dan Bandar Tiram.

Menurutnya, ia termasuk bangunan komersial, selain rumah teres bertingkat, berkembar dan banglo.

Katanya, pelbagai tawaran hebat menanti pelanggan yang membeli hartanah dan unit kediaman termasuk rebat tunai antara RM2,000 hingga RM10,000, selain hadiah barangan elektrik percuma.

Berikutan itu, katanya, JLand berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merebut tawaran, sekali gus memiliki kediaman sendiri.

“Kami sasarkan 30,000 pengunjung termasuk dari Melaka dan Singapura ke festival yang diadakan di tapak berhadapan Aeon Mall di Bandar Dato Onn.

“Pelbagai aktiviti bakal diadakan di festival ini sempena sambutan ulangtahun ke-50 Johor Corporation (JCorp). Antaranya termasuk tayangan final Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam pada 15 Disember ini dan Konsert Festival JLand yang akan diadakan secara serentak,” katanya.

Mohd Hizam berkata, konsert berkenaan akan menampilkan Ruffedge, Ismail Izzani dan Siti Sarah.

Menurutnya, JLand juga menawarkan baucar pembelian makanan di food truck bernilai RM5 kepada 1,000 pengunjung paling awal, setiap hari.

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS