SHARE AND LIKE THIS POST

Seremban: Projek pembinaan Residensi Lanar di Mantau di sini, membuka peluang kepada generasi kedua FELDA bagi memiliki kediaman sendiri berkonsep gaya moden luar kota.

Ketua Projek SPNB Aspirasi Sdn Bhd Cawangan Negeri Sembilan, Azhar Abdullah berkata, dua blok penempatan itu menawarkan 404 unit rumah di tanah berkeluasan 3.08 hektar.

Katanya, pihaknya setakat ini menerima 10 peratus tempahan dan pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada 2021.

“Buat masa ini 202 unit rumah dibuka untuk jualan, manakala 202 unit yang lain ditawarkan Mei tahun depan. Pembinaan diyakini merancakkan pertumbuhan penduduk, tambahan pula dalam lokasi Lembah Wawasan Malaysia (MVV),” katanya pada Majlis Pra Pelancaran Jualan dan Pemilihan Unit Residensi Lanar di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sri Sendayan, di sini, Sabtu lalu.

Program disempurnakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram.

Menurut Azhar, kediaman yang berkeluasan antara 88.4 hingga 97.7 meter persegi dijual antara RM233,000 hingga RM342,000 dan memiliki kemudahan

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS