SHARE AND LIKE THIS POST

PASARAN hartanah Malaysia dijangka
meningkat perlahan-lahan pada tahun akan datang sehingga 2020, kata
Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Presidennya,
Eric Lim Chin Heng dalam satu kenyataan hari ini berkata, pasaran
hartanah kemungkinan telah mencecah paras terendahnya lalu dengan jumlah
urus niaga berada di tahap terendah sejak 2012 sebanyak 311,824.

Beliau
berkata pelabur hartanah yang memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan pasaran hartanah kini mula berhasrat untuk memasuki semula
pasaran.

Lim membayangkan pasaran akan terus
mengalami ‘pertumbuhan keyakinan’ apabila asas semakin bertambah baik di
bawah pentadbiran kerajaan baharu dan menjangkakan kerajaan akan
melaksanakan dasar baharu bagi meningkatkan pasaran hartanah.

“Dua
pelan utama termasuklah rancangan untuk memperkenalkan dan menguruskan
bekalan rumah mampu milik dan belanjawan akan datang akan menjadi ujian
bagi kerajaan baharu untuk menangani masalah industri hartanah,”
katanya.

Bagi membantu
merangsangkan lagi keyakinan, MIEA akan menumpukan kepada kandungan
Program Pembangunan Berterusan (CDP) mereka untuk memperkasakan 18,000
ahli aktif industri hartanah dengan pengetahuan baharu dan menambah baik
kemahiran dengan penekanan kepada profesionalisme dan integriti.

CDP diakreditasikan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Malaysia.

“Kami
mahu menyediakan peluang kepada Perunding Hartanah kami untuk terus
bertahan dalam pasaran yang mencabar dan bersiap sedia meraih manfaat
apabila pasaran dijangka meningkat semula pada 2019,” katanya.

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS