SHARE AND LIKE THIS POST

PUTRAJAYA: Dasar Perumahan Negara baharu yang akan diperkenalkan Disember ini bakal merangkumi polisi lengkap pemilikan dan pembiayaan kediaman.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia sekali gus polisi yang mengambil kira isu pinjaman perumahan yang menjadi masalah masyarakat.

“Kita telah mengadakan perbincangan bersama Bank Negara, Kementerian Kewangan, KWSP, pihak bank dan persatuan-persatuan pemaju dalam mengubal Dasar Perumahan Negara yang baharu.

 

“Memang sudah menjadi hasrat kerajaan baharu di Pakatan Harapan bagi memudahkan pemilikan rumah termasuk agar harga kediaman dapat diturunkan,” katanya.
Beliau berkata demikian semsa sidang media selepas perbincangan bersama pemilik Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Pudina, Presint 17 di sini, hari ini.

Terdahulu, Zuraida mengadakan perbincangan tertutup bersama Pemaju Pangsapuri Pudina PPA1M mengenai aduan kira-kira 200 pemilik unit.

Tegasnya, pemaju diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan segala masalah yang diadu pembeli yang terdiri daripada penjawat awam.

“Setakat ini mengikut apa yang dilaporkan perbadanan dan pemaju pangsapuri berkenaan, 300 aduan dari pembeli yang sudah menerima kunci rumah diperolehi.

 

“Memang ada tuntutan pembeli, ada banyak aduan yang mana beberapa perkara tidak dipenuhi seperti yang dipersetujui dalam perjanjian jual beli serta syarat menduduki hartanah.

 

“Segala aduan itu telah diajukan kepada pemaju terbabit untuk tindakan segera berikutan kegusaran pembeli kebanyakannya penjawat awam dan perbadanan akan membuat penilaian kali kedua melibatkan 300 aduan itu,” jelasnya.

Pangsapuri Pudina PPA1M mempunyai lapan blok dengan 1504 unit.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu, semua projek perumahan rakyat seperti Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), PPA1M dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) akan diletakkan di bawah kementeriannya pada Ogos ini.

Ujarnya, kertas cadangan berhubung perkara itu akan dihantar kepada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS