SHARE AND LIKE THIS POST

PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang meletakkan caj pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata ke dalam cukai taksiran bagi mengelak tunggakan bayaran oleh penghuni.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata tunggakan bayaran kos penyenggaraan adalah masalah utama yang sering dihadapi Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC).

“Masalah yang sering mereka hadapi adalah kesukaran untuk mengutip bayaran penyenggaraan dari pemilik rumah. Jadi sebab itu kita cadangkan supaya caj penyenggaraan itu dimasukkan sekali dalam cukai taksiran.

 

“Bagaimanapun, perkara ini perlu dibuat melalui kajian teliti dengan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita akan buat perbincangan teliti di peringkat PBT selain mendapatkan pandangan dari Exco Perumahan di negeri-negeri untuk tindakan selanjutnya.

Kira-kira 1,000 peserta menyertai konvensyen berkenaan yang antara lainnya sebagai medium kepada JMB bagi perumahan strata untuk memahami hak dan tanggungjawab serta mempelajari kaedah pengurusan strata yang terbaik.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kebimbangan berhubung ciri keselamatan pencegahan kebakaran di bangunan berstrata terutama kos rendah dan sederhana rendah yang masih berada pada tahap membimbangkan.

Justeru, sebagai langkah awal, Bomba Komuniti perlu ditubuhkan di semua kawasan perumahan dan bangunan berstrata yang boleh bertindak dan memberi bantuan awal ketika berhadapan insiden kecemasan terutama kebakaran.

Selain itu, beliau akan mengemukakan cadangan yang dikemukan JMB dalam konvensyen itu kepada kabinet, berhubung pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap bayaran meter air pukal.

Comment

BERI MAKLUM BALAS