Undang-undang sewaan kediaman bakal diwujudkan

199
0
SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Kementerian Kewangan akan membincangkan kemungkinan mewujudkan undang-undang sewaan kediaman dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengenalan undang-undang sewaan kediaman itu bertujuan melindungi penyewa dan pemilik rumah daripada berdepan dengan sebarang isu sewaktu tempoh sewaan.

 Katanya, undang-undang itu berkemungkinan meliputi tribunal aduan untuk penyewa bagi membolehkan sebarang aduan salah laku pemilik kediaman di­salurkan kepada pihak berkuasa.

Jelas beliau, Malaysia boleh mencontohi langkah United Kingdom (UK) yang mempunyai peraturan hartanah sewa dan melindungi penyewa serta pemilik selain memiliki pangkalan data penyewa dan tuan rumah.

Sekiranya pe­nyewa didapati me­langgar pe­r­aturan se­­­perti merosakkan kediaman pemilik, nama mereka boleh disenarai hitam oleh pihak berkuasa, justeru menyu­karkan mereka untuk mencari rumah sewa baharu pada masa akan datang.

 

Kerajaan walau bagaimanapun buat masa ini masih belum memutuskan tempoh bagi memuktamadkan keputusan mewujudkan undang-undang ber­kenaan,” katanya kepada pemberita sempena Sidang Kemun­cak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-20 di sini hari ini.

Sidang kemuncak dua hari itu anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (AS­LI) bermula se­malam, meni­lai serta mengka­ji cabaran serta pe­luang yang dihadapi oleh industri dan kemunculan trend serta keadaan ekonomi yang memberi kesan ke­pada sektor harta­nah.

Pengenalan undang-undang itu juga membolehkan penyewa dan pemilik kediaman melindungi wang deposit sewaan serta dapat mengurangkan kos tindakan undang-undang sekiranya terdapat salah laku antara kedua-dua pihak. Ketika ini, sekiranya terdapat masalah berkaitan proses sewaan, kedua-dua belah pihak perlu ke mahkamah untuk penyelesaian dan turut menelan kos perundangan yang tinggi.

Dalam perkembangan lain, Johari berkata, pasaran hartanah mewah kekal lembap berikutan 80 peratus daripada pelancaran baharu bagi suku pertama tahun ini merupakan kediaman berharga le­bih RM250,000 yang hanya mampu dimiliki oleh 58 peratus isi rumah Malaysia.

Menurut beliau, lambakan harta­nah mewah itu menyebabkan 83 peratus unit yang tidak terjual itu dalam kategori harga RM250,000 dan ke atas.

Berbanding tempoh suku pertama 2012, ada seba­nyak 54,000 kediaman yang tidak terjual dengan hartanah mewah sebanyak kira-kira 19,000 (unit). Ketika ini, 108,000 unit daripada 130,000 unit yang tidak terjual itu me­rupakan kediaman mewah.

Comment

BERI MAKLUM BALAS