SHARE AND LIKE THIS POST

Artikel ini dikongsi semula dari posting asal MOHD KHAIRUL di Facebook beliau.

Sekiranya anda belum membaca BAHAGIAN 1, anda boleh membacanya di sini:
Kegawatan Ekonomi, โ€˜Housing Bubbleโ€™ dan Pasca Covid-19 [Bahagian 1]

https://www.facebook.com/mk.tipshartanah/posts/3187139474630070

๐Š๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข, '๐‡๐จ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐  ๐๐ฎ๐›๐›๐ฅ๐ž' ๐๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐œ๐š ๐‚๐จ๐ฏ๐ข๐-๐Ÿ๐Ÿ— [๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐Ÿ].————Tahun 2008 merupakan antara 'mala…

Posted by Mohd Khairul on Isnin, 30 Mac 2020

———

Kini dalam tahun 2020… wabak Covid-19 telah melanda dan bakal meletuskan apa yang selama ini mungkin terkawal.

Dengan berjalannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita bakal menyaksikan lebih banyak perniagaan dan syarikat ditutup. Pemberhentian pekerja akan berlaku mungkin secara besar-besaran jika syarikat tidak lagi dapat menampung kerugian akibat penutupan dan pemberhentian operasi.

Pelan Rangsangan Ekonomi Rakyat

Pada ketika posting ini ditulis, kita sudah berada di hari terakhir fasa 1, PKP dan fasa kedua akan bersambung sehingga 14 April 2020.

Pada masa ini pengumuman bantuan terhadap rakyat telahpun diumumkan oleh kerajaan di bawah Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250Billion (termasuk pengumuman pertama bernilai RM20 Billion).

Antara yang diumumkan ialah bantuan kepada rakyat dengan pendapatan sehingga RM8,000 iaitu pendapatan isi rumah bawah RM4,000 (bantuan RM1,600) dan kedua pendapatan RM4,000 – RM8,000 (bantuan RM1,000). Beberapa bantuan lain untuk golongan bujang, pelajar IPT, pencen, PKS dan korporat juga diumumkan dalam pelan yang mengandungi 3 matlamat.

Antara lain yang menarik perhatian adalah pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang membenarkan bank-bank dan pembiaya di bawah seliaan masing-masing untuk memberi penangguhan bayaran pinjaman secara automatik.

Ini pastinya berita baik untuk semua rakyat tetapi ia hanya bersifat sementara dan cukup untuk membantu kelangsungan hidup dalam tempoh pendek mungkin untuk 2-6 bulan malah sesetengah mereka masih lagi tersepit khususnya golongan B40 yang bergantung pada pendapatan harian dan tiada pinjaman yang perlu mereka tangguhkan.

Dari perspektif ini, terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan yang pastinya menjadi bebanan besar yang perlu ditanggung.

Impak Terhadap Sektor Komersial Khususnya Peruncitan

Suka atau tidak… situasi sukar ini telah berlaku dan mungkin akan berpanjangan kesannya yang boleh menyebabkan kerugian berbillion ringgit.

Pada masa ini apa yang telah dilaporkan adalah kerugian industri pelancongan melebihi RM9 Billion. Industri dan sektor-sektor lain seperti pertanian, perusahaan, pemajuan hartanah masih belum dapat diasses sepenuhnya dan terdapat kemungkinan ianya mungkin bernilai ratusan billion ringgit.

Berita terbaru melaporkan pekebun sayur di Cameron Highlands kerugian sehingga RM1juta sehari. Sayur-sayur yang biasanya dihantar keluar sebanyak 60 lori sehari kini hanya 10 lori sahaja. Selebihnya akan diberikan percuma kepada rumah kebajikan, anak yatim dan orang tua atau mungkin terpaksa dibiarkan rosak begitu sahaja.

Antara kerisauan utama adalah terhadap sektor peruncitan yang mana merupakan barisan hadapan dalam proses rantaian bekalan sebelum sampai ke pengguna. Apabila kedai-kedai perlu ditutup dalam tempoh PKP ini, secara langsungnya semua pendapatan mereka yang berkait akan terjejas iaitu pemilik perniagaan, pekerja dan juga pembekal.

Pemilik perniagaan mungkin terpaksa terus menanggung kos perniagaan yang berterusan seperti sewaan, hutang kepada pembekal, gaji pekerja dan bayaran wajib seperti caruman KWSP dan SOCSO. Walaupun caruman boleh ditangguhkan, kos tersebut tetap perlu ditanggung pada masa akan datang dan sekiranya tiada pendapatan yang boleh dijana semula atau perniagaan tidak kembali pulih seperti sediakala selepas PKP maka jalan terakhir adalah menutup perniagaan sekiranya tidak dapat terus menampung kos perniagaan.

Tempoh moratorium 6 bulan automatik yang diberikan oleh bank dan sesetengah pembiaya mungkin memberikan kelegaaan dan membantu sesetengah pihak. Selain itu, subsidi upah juga diumumkan kepada majikan tetapi ianya bersyarat, iaitu RM600 untuk pekerja dengan gaji dibawah RM4,000 untuk tempoh 3 bulan dan pernigaan menunjukkan penurunan 50% serta tidak dibenarkan memberhentikan pekerja.

Sekiranya sesebuah perniagaan mempunyai majoriti pekerja dengan gaji di bawah RM4,000 seperti bidang peruncitan dan tiada pendapatan yang dijana maka sudah pasti majikan perlu menanggung kerugian jika situasi PKP berlanjutan.

Mungkin selepas tamat tempoh PKP nanti – selepas hampir 1 bulan tidak beroperasi, diharapkan perniagaan akan dapat beroperasi seperti biasa dan mejana kembali keuntungan.

Namun setakat ini tiada siapa yang dapat menjangkakan sama ada PKP akan tamat pada 14 April atau mungkin akan dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang. Sekiranya kes-kes baru pesakit Covid-19 terus meningkat maka terdapat kemungkinan ianya akan dilanjutkan dan ini bermakna kesan terhadap sektor komersial bakal menjadi lebih besar dan kerugian terhadap perniagaan akan menjadi semakin tinggi.

Jika ini berlaku kemungkinan akan terdapat lebih banyak perniagaan kecil perlu ditutup dan lebih ramai pekerja akan terpaksa diberhentikan kerja.

Ikuti sambungan Impak wabak Covid-19 dan PKP ini terhadap sektor hartanah lain dalam [Bahagian 3].

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS