SHARE AND LIKE THIS POST

Pembeli rumah haruslah bijak mengendalikan wang anda apabila mengambil keputusan untuk membeli rumah. Pembeli rumah perlulah melihat daripada pelbagai aspek dan tidak membuat keputusan dengan terburu-buru. Anda hendaklah memperuntukkan wang tunai yang cukup untuk membayar perbelanjaan awal, kata Siva Shanker, mantan Presiden Institut Agen Hartanah Malaysia (MIEA) yang lalu.

Perbelanjaan awal termasuklah deposit rumah, caj untuk pemindahan memorandum (MOT), yuran guaman, duti setem, kata Siva dalam satu artikel yang disiarkan oleh New Straits Times.

Shanker menjelaskan bahawa setiap pembelian hartanah di Malaysia memerlukan pembayaran duti setem. Duti yang dijelaskan adalah duti tetap dan duti ad valorem. Duti ad volarem adalah berdasarkan nilai barang yang dibeli manakala duti tetap adalah nilai yang telah ditetapkan dalam akta untuk dokumen-dokumen atau surat-surat.

Duti setem biasanya ditanggung oleh pembeli. Dokumen seperti perjanjian jual beli (SPA) mestilah dicop dalam tempoh 30 hari selepas pelaksanaan, jika tidak, kerajaan akan mengenakan denda. Duti setem ini untuk dokumen adalah sangat penting untuk mendaftar pemindahan pemilikan malahan sebagai bukti hakmilik dan sekira berlaku salah faham ianya adalah bukti untuk mahkamah.

โ€œPembeli perlulah peka terhadap bayaran duti setem kerana ramai pembeli rumah pertama tidak tahu ataupun memandang remeh terhadap perkara ini. Biasanya mereka hanya memperuntukan wang tunai untuk deposit dan kos pembaikan rumah. Masalah dalam proses jual beli rumah berlaku selepas mereka sedar terdapat bayaran-bayaran lain yang perlu mereka jelaskan, duti setem adalah salah satu daripadanya.

 

โ€œBayaran duti setem untuk MOT agak tinggi, ia boleh menyebabkan masalah yang besar sekiranya pembeli tumah tidak peka.โ€ tegas Siva.

Duti setem dikenakan 1% untuk RM100,000, 2% untuk RM400,000 dan 3% untuk RM500,000 dan ke atas. Sebagai contoh, seseorang yang membeli rumah bernilai RM700,000 perlu mengetepikan sebanyak RM15,000 untuk duti setem ad valorem. Ini kerana mereka perlu membayar satu peratus untuk pertama RM100,000 (RM1,000), dua peratus untuk RM400,000 (RM8,000) dan tiga peratus untuk baki lebih RM200,000 (RM6,000) .

Ini adalah jadual kadar semasa, tetapi pada tahun hadapan, kadar tiga peratus akan dikenakan pada jumlah antara RM500,001 dan RM1,000,000, manakala tambahan untuk duti setem sebanyak empat peratus akan dikenakan bagi mereka yang melebihi RM1 juta.

“Untuk membantu pembeli rumah pertama kali, kerajaan telah melaksanakan beberapa pengecualian duti setem. Untuk pembelian mana-mana harta yang di bawah RM300,000, pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus akan diberikan. Sekiranya nilai harta itu melebihi RM300,000, anda akan mendapat pengecualian penuh pada RM300,000 pertama anda dan akan membayar kadar duti setem yang sedia ada untuk harga beli baki.

 

“Pengecualian ini hanya berlaku untuk perjanjian jual beli yang dilaksanakan antara 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018,” tambah Shanker.

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS