SHARE AND LIKE THIS POST

Apa khabar semua? Nampaknya terlalu lama saya tidak menghantar posting di sini dan rasanya masa amat pantas berlalu. Bermula daripada assignment Masters yang perlu disiapkan, kemudian diikuti exam yang perlu diduduki sehinggalah kepada persediaan untuk kelahiran baby pertama pada awal bulan ini. Dan kini semuanya sudah selesai… walaupun baby boy saya masih di hospital kerana sedikit masalah. Insya’Allah semuanya kembali ok dan saya dapat meluangkan masa semula untuk Tipshartanah ini.

Hari ini saya ingin menulis sedikit mengenai Sistem Torrens, suatu sistem yang digunapakai di Malaysia untuk sistem pentadbiran tanah. Apakah sistem ini dan dari manakah asal sistem ini?

Sistem Torrens sebenarnya adalah berasal daripada sistem yang digunapakai di Australia dan tidak diambil daripada British walaupun kita diperintah oleh British pada masa dahulu. Sistem ini adalah amat berkesan dalam menguruskan pemilikan tanah dan mengenalpasti ciri-ciri pemilikan tanah tersebut melalui maklumat-maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik itu sendiri.

Melalui Sistem Torrens terdapat 2 prinsip yang digunapakai iaitu:

1) Prinsip ‘Cermin’ (mirror)

2) Prinsip ‘Tabir’ (curtain)

Melalui Prinsip Cermin, dokumen hakmilik disediakan dalam 2 salinan asal yang mana satu salinan disimpan di Pejabat Tanah berkaitan (sama ada Pejabat Tanah Daerah atau Pendafar Hakmilik Negeri) dan satu lagi akan disimpan oleh pemilik tanah berkenaan. Segala maklumat yang terdapat di dalam dokumen hakmilik di Pejabat Tanah terdapat di dalam dokumen hakmilik yang disimpan oleh pemilik hartanah yang bermakna segala maklumat yang diingini oleh seseorang mengenai hartanah berkenaan boleh diperolehi sama ada melalui salah satu dokumen berkenaan sebagaimana prinsip cermin.

Prinsip kedua pula iaitu Prinsip Tabir bermaksud segala maklumat berkaitan hartanah adalah dinyatakan di dalam dokumen hakmilik berkenaan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat berkenaan seperti jenis kegunaan tanah, saiz, jenis pemilikan, syarat-syarta nyata dan pemilikan hartanah berkenaan.

Sistem Torrens merupakan asas kepada sistem tanah Malaysia dan menjadi jantung kepada Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 di bawah Seksyen 340. Banyak kes-kes yang melibatkan masalah pemilikan hakmilik telah merujuk kepada Seksyen ini dalam perbicaraan di Mahkamah tetapi terdapat kes-kes yang mana rujukan yang dibuat kepada Seksyen ini telah membawa kepada salah tafsiran teutamanya terhadap Subseksyen (3) yang melibatkan pemilik atau pembeli bona fide.

Siapakah pembeli ‘bona fide’ dan mengapakah tafsiran yang betul diperlukan terhadap Seksyen 340 ini untuk melindungi pemilik sebenar? Nantikan posting saya selanjutnya mengenai Seksyen 340, KTN mengenainya.

Comment
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniBalai Polis Rumah Kedai..
Artikel seterusnyaJun – Bulan Yang Penuh Dengan Kenaikan
16 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

9 KOMEN

  1. Salam Nur Aziera,
    Sistem Torrens adalah sistem yang digunakan untuk pentadbiran tanah di negara ini dan termaktub di bawah Kanun Tanah Negara(KTN) secara tidak langsung. KTN pula merupakan Akta yang mengawal semua undang-undang tanah secara am. Perkara yang lebih detail adalah dibawah kuasa kerajaan negeri tetapi masih berpandukan apa yang termaktub dalam KTN. Ini kerana segala hal berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

  2. Salam, saya nak berkongsi skit dengan nur aziera, Kanun Tanah Negara (KTN) adalah satu statut atau undang-undang yang mengawal segala perihal pentadbiran tanah (basically) di semenanjung Malaysia shj. KTN ini mengadaptasi sistem torren di dalam peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalamnya. Memang segala perihal tanah adalah tertakluk di bawah bidangkuasa pihak berkuasa negeri (seperti tertakluk di dalam perlembagaan dan KTN) tetapi bidangkuasa ini adalah terbatas dan perlu mematuhi peruntukan KTN, ini adalah bagi membentuk suatu keseragaman undang-undang tanah di semenanjung. Untuk keterangan yang lebih lanjut, saudari boleh merujuk kepada buku “Malaysia Torrens System” karangan Salleh Buang.

  3. Salam,

    Bagaimana prinsip cermin diaplikasikan terhadap hakmilik strata yang melibatkan buku daftar strata (strata register) dan dokumen hakmilik keluaran (IDT)? Terima kasih

  4. slam .. nk tnya ,sistem torrens mempunyai 2 prinsip ,prinsip cermin telah di kanun tanah negara ke dalam seksyen 34(1).. apa peruntukkan seksyen 34 (1) ?

BERI MAKLUM BALAS