SHARE AND LIKE THIS POST

nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”; Aduhh..aduhh.. nampaknya keadaan ekonomi sedang menuju kearah yang perlahan sebagaimana sepuluh tahun lepas di mana economy recession berlaku.. Walaupun pada ketika itu saya masih belum menamatkan pengajian saya, namun saya masih ingat bagaimana Base Lending Rate (BLR) meningkat melebihi 10%, dan ramai peminjam yang terpaksa berdepan dengan bayaran bulanan yang meningkat berkali ganda. Akibatnya.. banyak property yang terpaksa di lelong oleh bank akibat monthly repayment tidak dapat lagi dilakukan oleh peminjam/pemilik. Kebanyakan property tersebut masih lagi tersadai hingga kini… dan terdapat bank-bank yang masih lagi menjual NPL Portfolio mereka kerana tidak dapat untuk recover lagi kos-kos tersebut.

Bulan ini kita juga telah merasakan pelbagai kenaikan kos terhadap barang kegunaan harian. Bermula dengan kenaikan harga beras sehingga 70% sehinggalah kepada kenaikan yang mengundang perasaan marah kepada rakyat iaitu harga petrol dan diesel. Ini semua adalah sebahagian daripada tanda-tanda bahawa keadaan ekonomi dunia telah mula tidak menentu dan Malaysia juga tidak kecuali daripada mengalaminya. Desas-desus juga telah mula kedengaran bahawa BLR akan dinaikkan pada tahun ini juga untuk mengimbangi keadaan ekonomi dan inflasi sekarang.

Advertisement
Buit DUIT melalui BLOG. Ketahui Bagaimana anda boleh
menjana lebih daripada RM20,000 sebulan
Maklumat Lanjut..KLIK Di Sini
Saya juga tidak pasti bila ianya akan dilakukan oleh Bank Negara tetapi ada diantara mereka yang berada dalam banking sector menyatakan bulan hadapan.. ataupun sebelum akhir tahun ini.. betul atau tidak… itu saya tak pasti.. Ini juga adalah berdasarkan negara-neagara lain yang telah mula menaikkan BLR mereka.Bagi anda yang mengambil loan Multi-tier – kadar yang diikat dengan BLR (seperti BLR+1 dsbnya).. anda seharusnya sudah berkira-kira bayaran tambahan yang mungkin terpaksa anda hadapi untuk memastikan ianya tidak melebihi budget bulanan anda. Sebagai alternatif, jika loan anda sudah melebihi tempoh ‘lock-in’ anda bolehlah bertukar kepada pakej yang tetap dan dapat membuat perancangan lebih baik di masa hadapan yang mana mungkin akan melalui 2 atau 3 lagi masalah ekonomi sepanjang tempoh pinjaman. Jika anda masih di dalam tempoh ‘lock-in’ tersebut, maka anda dinasihatkan tidak perlu berbuat demikian kerana anda mungkin dikenakan penalti yang tinggi.

Jika anda mempunyai kelapangan, mungkin anda boleh mengunjungi bank dan dapatkan maklumat lanjut mengenai perancangan bayaran balik pinjaman anda. Yang penting buat masa sekarang, simpanan adalah penting untuk menghadapi sebarang kebarangkalian.

Advertisement
Explode Your Adsense And Affiliate Income..

and Earn 5 Figure Income using BLOGGER GENERATOR
Get Blogger Generator Now!

Comment
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniApakah Sistem Torrens?
Artikel seterusnyaLandscape.. meningkatkan value hartanah anda!
19 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

1 komen

BERI MAKLUM BALAS