SHARE AND LIKE THIS POST

Balai Polis di rumah kedai?? Ini sememangnya suatu idea yang menarik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani masalah jenayah di Malaysia. Dengan meletakkan satu balai polis di premis kedai di kawasan kediaman utama di seluruh Malaysia, orang awam merasa lebih selamat dan semoga jenayah dapat dibendung.

Tetapi apa yang menjadi pertanyaan kepada saya ialah apabila membaca kos sewa satu balai polis di Johor Bahru yang menyewa premis kedai dengan kadar sewa RM26,000 sebulan… Wow!! ini bersamaan dengan RM312,000 setahun!! Itu baru satu balai polis.. bagaimana jika sepuluh, seratus, seribu atau sepuluh ribu balai polis di seluruh negara yang menyewa premis-premis kedai seperti ini? Berapa banyak lagi kos yang terpaksa dikeluarkan semata-mata untuk bayaran sewa yang sepatutnya boleh disalurkan kepada perkara-perkara lain.

Advertisement
Buit DUIT melalui BLOG. Ketahui Bagaimana anda boleh
menjana lebih daripada RM20,000 sebulan
Maklumat Lanjut..KLIK Di Sini
 Selepas mengkaji perkara ini saya merasakan pihak berwajib perlu melakukan sesuatu dengan membuat perubahan terhadap sistem perancangan bandar. Ini melibatkan kelulusan pembangunan sesuatu projek perumahan baru oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Maksud saya di sini adalah dalam pembangunan dan pemberian kelulusan sesuatu projek perumahan maka faktor balai polis ini haruslah diberi perhatian.Antara cara yang saya cadangkan di sini adalah seperti berikut:

1) Bagi sesuatu saiz projek perumahan, pembangunan bercampur (mixed development) atau lain-lain pembangunan berskala sederhana dan besar, suatu unit premis kedai mestilah direzabkan untuk Balai Polis sebagai salah satu faktor kelulusan.

2) Kerajaan boleh memberikan sesuatu insentif kepada pemaju dalam melaksanakan perkara ini seperti potongan cukai, dan sebagainya.

3) Pemaju juga seharusnya lebih positif dalam perlaksanaan konsep ini kerana dengan adanya Balai Polis di kawasan berkenaan maka jenayah dapat dikurangkan dan seterusnya nilai sesuatu hartanah di kawasan pembangunan tersebut dapat terus meningkat.

Mungkin ini adalah sekadar cadangan awal yang boleh saya terfikir pada masa ini. Apa yang saya harapkan perlaksanaan Balai Polis di setiap kawasan perumahan seperti ini dapat diteruskan tetapi adalah baik jika kos dapat dikurangkan dengan kerjasama setiap pihak untuk kepentingan semua.

Jika anda mempunyai sebarang cadangan tambahan, saya amat alu-alukan anda nyatakan di sini. Dan jika anda merupakan salah seorang yang terlibat dalam perlaksanaan konsep ini seperti kakitangan kerajaan berkaitan, pegawai PBT, wakil rakyat, pemaju atau sesiapa sahaja.. bantulah dalam melaksanakan projek ini untuk kebaikan.. Sekian.

Advertisement
EBAY New Wholesale Way!
Learn how to EARN BIG BUCKS using this new technique
Click Here To Know..

Comment
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniRezab Melayu untuk Bukan Melayu?
Artikel seterusnyaApakah Sistem Torrens?
16 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

4 KOMEN

  1. Saya pikir masalah ini merupakan perkara serius. Saya ingin mencadangkan agar perkara ini dibawa kepada badan-badan akhbar untuk menyiarkannya dan cari jalan penyelesaian untuk kebaikan rakyat malaysia. wang tersebut boleh disalurkan kepada tujuan-tujuan lain yang lebih berfaedah kepada rakyat. Sekian…

  2. Apa nak diherankan. Mungkin rumah kedai ni pemiliknya orang UMNO. Rumah kedai ni mesti bertaraf lima bintang, sampai sewanya mahal sekali. Di KL pun tak rumah kedai yang sebegini tinggi sewanya, hatta di kawasan paling baik. KPN – Pak Musa tu sepatutnya selidiklah, macam mana sewa sampai terlalu tinggi, tak kan tak ada kriteria langsung. Siapa pula yang lulus kadar sewa ni? Nah BPR, apa tunggu lagi… siasatlah kalau hang berani.

BERI MAKLUM BALAS