SHARE AND LIKE THIS POST

Ini sudah tentunya satu topik yang menarik untuk semua..

Jika anda membaca berita pada hari Sabtu yang lepas, terdapat cadangan bahawa tanah-tanah rizab Melayu boleh dipajakkan kepada bukan Melayu. Walau bagaimanapun ini sudah tentunya dengan beberapa sekatan yang perlu ditetapkan. Pada peringkat ini, ianya masih di dalam cadangan dan usaha-usaha sedang dilakukan supaya hartanah-hartanah rizab Melayu dapat ditingkatkan lagi nilainya dengan membuat pindaan terhadap Enakmen Rizab Melayu (ERM).

Antara cadangan tersebut adalah dengan membenarkan tanah rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk suatu tempoh tidak melebihi 60 tahun. Ini adalah supaya pasaran terhadap hartanah tersebut dapat diperluaskan lagi dan seterusnya meningkatkan nilai terhadap hartanah tersebut. Tetapi adakah ianya suatu langkah yang wajar? Adakah ianya akan berlaku seperti apa yang diharapkan?

Buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi reaksi semua pihak terlibat terhadap cadangan ini. Yang pasti sudah tentu akan ada kesan positif dan negatif. Bagi saya, secara peribadinya saya berpendapat bahawa cadangan tersebut sememangnya ada kebaikannya jika dilihat secara terus. Walau bagaimanapun setiap cadangan yang melibatkan kepentingan Melayu seperti itu haruslah diperhalusi. Ini kerana sebarang cadangan yang telah diluluskan atau dipinda maka agak sukar untuk ditarik balik.

Walaupun ianya baru dicadangkan, sebenarnya praktis pajakan tanah rizab melayu kepada bukan Melayu telah pun dilakukan. Ianya telah dilakukan dengan pelbagai cara dan antaranya adalah melalui perjanjian melalui orang tengah.. saya tidak mahu komen lebih mendalam mengenai hal ini tetapi saya merasakan jika ianya boleh membawa kepada kebaikan terutamanya kepada kaum Melayu, mengapa tidak ianya dilakukan secara sah menurut undang-undang.

Jika dilihat kebanyakan tanah rizab Melayu di sekitar KL dan Selangor, memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakannya adalah tidak dibangunkan, tidak dibangunkan dengan baik ataupun terbiar sehingga menyebabkan nilai pasaran rendah dan tidak setanding dengan hartanah jenis bukan rizab Melayu. Selain itu sekatan yang ada terhadap rizab Melayu juga menjadikan tanah jenis ini amat sukar untuk dibangunkan dan seterusnya tidak ramai pelabur yang ingin melabur dalam hartanah jenis ini.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid jika pindaan tersebut diluluskan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menjadi negeri pertama yang bakal menggunapakai pertaturan tersebut. Menurut beliau lagi adalah penting pindaan tersebut dilakukan bagi membangunkan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur terutamanya di Kampung Baru yang kini terikat dengan pelbagai syarat termasuklah sekatan terhadap pindahmilik, pajakan, gadaian dan cagaran atau lien kepada bukan Melayu.

Adalah diharapkan pindaan yang dilakukan kelak terhadap ERM bakal meningkatkan lagi potensi tanah rizab Melayu di dalam masa yang sama masih mengekalkan pegangan Melayu terhadap tanah tersebut sebagaimana tujuan asal ERM.

Comment
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniFreehold vs Leasehold
Artikel seterusnyaBalai Polis Rumah Kedai..
19 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

2 KOMEN

  1. Salam sejahtera,
    Saya masih lagi seorang pelajar dalam jurusan ‘real estate development’ dan sangat tertarik untuk membuat tesis saya berkenaan dengan Tanah Rezab Melayu. Manalah tahu mungkin dengan penyelidikan yang bakal di buat dapat membantu dalam memberi sebarang idea kepada pembangunan kepada Tanah Rezab Melayu. Oleh itu, bolehkah anda memberi sedikit buah fikiran tentang aspek apakah yang patut saya kaji? Semoga mendapat maklum balas. Sekian.

  2. Salam eja,

    Sebenarnya telah banyak thesis dan research yang telah dilakukan mengenai Tanah Rezab Malayu… tetapi akhirnya hanya tersimpan sahaja di library IPT. Oleh itu pastikan bahawa idea anda nanti tidak tamat di situ dan berusaha supaya ianya dapat diketengahkan setelah anda menyelesaikannya.

    Jika anda bercadang untuk membuat thesis mengenai Rezab Melayu, saya lebih mengesyorkan supaya ianya lebih kepada pemasaran dan bukannya masalah biasa seperti pemilikan yang nampaknya memang sukar untuk diselesaikan.
    Anda boleh lebih memfokuskan bagaimana Rezab Melayu masih boleh dipasarkan sebagaimana tanah lain terutamanya dari segi rental dan mencadangkan beberapa pindaan yang mungkin boleh dibuat kepada Akta.

    Selamat Berjaya.. Harapnya apabila telah selesai nanti bolehlah berkongsi serba sedikit mengenainnya di Tipshartanah.

BERI MAKLUM BALAS