Kalau anda sudah membaca forum TipsHartanah mengenai posting saya berkenaan pelaburan hartanah dan bagaimana nak guna kereta percuma tentu anda akan faham tentang apa yang akan saya share di sini. Hari ni memang seronok untuk saya, tambahan lagi loan untuk satu lagi property yang saya beli telahpun lulus.. takdelah property mahal tapi sekadar RM90,000 dan ‘yield’ yang boleh saya katakan bagus.
Loan saya 80% iaitu RM72K dan saya perolehi daripada CIMB (Islamic loan). Monthly repayment lebih kurang RM385.. memang rendah bukan?
Property yang saya beli ni adalah low medium cost apartment di Kepong dan tujuan saya belipun purely untuk investment. Sebab saya beli antaranya kerana..
- Rental lebih kurang RM550, kalau saya buat semi-furnished maybe boleh mintak RM600-650.
- Yield yang boleh dikatakan tinggi (7.3%+)..tetapi sebenarnya lebih sebab…
- Tempat ni boleh dikatakan agak senang dapat tenant. Setahu saya semua unit didiami.. mungkin kerana lokasi yang strategik.
- Potensi untuk dijual semula. Dan sememangnya saya bercadang untuk simpan maksimum 5 tahun sahaja.
Jadi berdasarkan di atas, saya akan dapat surplus rental lebih kurang RM165 (maintenance tenant kena bayar lain) yang mana saya kira sememangnya baik untuk property yang macam ni. Selain itu mengapa saya katakan saya sebenarnya dapat return yang lebih atau yield yang lebih tinggi? Ini kerana sebenarnya saya daapt membelinya pada harga yang lebih rendah… berapa dan bagaimana? biarlah itu saya sahaja yang tahu… :).
Cuba bayangkan, jika saya membeli 2 lagi rumah seperi ini, maka saya akan mempunyai surplus sebanyak RM165x3 = RM495. Katakan, saya tolak 10% untuk expenses maka bersih masih ada sebanyak lebih kurang RM445. Apa yang saya boleh buat dengan RM445 ni? Saya boleh bayar satu lagi rumah yang sama atau mahal sedikit tanpa satu sen pun keluar dari poket saya! Menarik bukan?… Kalau dalam forum saya tunjukkan kepada anda bagaimana untuk bayar kereta dengan cara ini, jika anda lakukan perkara yang sama, anda sebenarnya mendapat berkali ganda jika dilaburkan semula ke dalam property. Dengan ayat yang pendek dan dan agak kasar, kurang bijak sebenarnya membeli kereta terutamanya jika lebih daripada sebagai satu keperluan.
Mungkin ada diantara anda yang bertanya, boleh ke beli banyak2 property camni? boleh lepas ke loan? Ini sebenarnya satu lagi alasan kenapa anda patut beli property berbanding kereta yang tak berguna. Ini kerana dengan property, anda boleh menyewakannya dan hasil daripada sewa (lebihan sewa) akan dikira sebagai income (rental income) anda. Ini bermakna lebih banyak property anda dengan sewa yang lebih tinggi daripada bayaran bulanan maka lebih lagi income anda yang boleh dipertimbangkan oleh bank! Walau bagaimanapun, harap maklum tidak semua bank akan menerima konsep ini dan sesetengahnya juga mempunyai had tertentu.
Jika itu berlaku, apa langkah seterusnya? Pada peringkat tersebut, anda mungkin kena adjust semula strategi anda dengan mengambilkira faktor capital appreciation (peningkatan modal)… atau…bahasa yang lebih mudah difahami.. lebih kurang macam mengambilkira peningkatan value property anda dan menjual semula untuk keuntungan dan membeli property lain yang lebih menguntungkan.. panjang cerite part ni.. lain kali sambung.
Apa yang saya sebenarnya nak kongsi di sini adalah masih ada lagi potensi untuk anda yang merancang untuk melabur di dalam hartanah walaupun di dalam keadaan ekonomi seperti sekarang kerana jika anda tahu property yang perlu dibeli dan perkara yang harus dilakukan maka anda kan dapat meminimumkan risiko yang ada. Tidak semestinya juga property yang mahal sahaja memberikan keuntungan kerana jika anda bijak mempelajari lebih lanjut, property seperti inilah yang sebenarnya memberikan yield yang lebih tinggi berbanding property lain serta risiko yang lebih rendah.
Selamat melabur!