SHARE AND LIKE THIS POST

Dipetik dari posting asal Mohd Khairul.

Semoga kita lebih berhati-hati sebelum melabel sesuatu lebih-lebih lagi jika kita tiada ilmu mendalam atau ahli dalam sesuatu perkara.

Gambar: Saraycon.com

Pinjaman Islamik Tak Islamik?
——
Saya rasa terpanggil utk beri sedikit pendapat tentang pandangan seseorang yang mengatakan Pinjaman Islamik itu tidak ikut syariah dan riba… maksudnya sama seperti pinjaman konvensional??

Jangan hanya kerana ia tidak mengikut kehendak kita dan dikenakan tindakan bank maka kita dengan melulu melabelkan ianya tidak islamik.

1. Perkara pertama yang kita perlu faham setiap bank yg mempunyai pinjaman islamik atau patuh shariah ada mempunyai Lembaga Penasihat Shariah sendiri.

2. Lembaga Penasihat Shariah ni bukan orang kebanyakan macam kita. Mereka adalah orang yg ‘alim’ atau ahli dalam bidang mereka. Mereka memberikan pendapat atau hukum berdasarkan apa yg telah digariskan dalam Islam dan ilmu berkaitan lain.

3. Bank menjalankan perniagaan. Maksudnya pasti wujud faktor keuntungan di atas muamalat yang dijalankan.

4. Pinjaman Islamik atau patuh shariah yang telah diluluskan pastinya telah mendapat kelulusan Lembaga Pengawasan Shariah dan juga Bank Negara agar selari dengan muamalah Islam.

5. Mengharapkan bank memberi pinjaman sama seperti kita memberi pinjaman pada kawan-kawan atau orang lain dan tidak mengenakan caj adalah perbandingan yg tidak sepadan.

6. Mempertikaikan tanpa ilmu dan mengikut pendapat kita sendiri yg bukan ahli boleh menjadikan kekeliruan dikalangan orang lain dan menimbulkan situasi tidak sihat dikalangan orang awam.

7. Apabila peminjam tidak membayar pinjaman. Bank sebagai pihak yang menjalankan perniagaan mempunyak hak mengikut perjanjian asal mendapatkan jumlah yang dipinjamkan.

8. Mengatakan tindakan bank islamik menuntut semula pinjaman yang tidak dibayar sebagai kejam atau tidak islamik adalah tidak wajar. Penghutang wajib membayar hutang di dalam Islam serta seharusnya sudah memahami isi perjanjian semasa menandatangani perjanjian.

9. Namun tidak dinafikan terdapat tindakan sesetengah bank yang keterlaluan dalam mendapatkan semula pinjaman dan tidak selari dengan kehendak Islam. Tetapi ini lebih kepada perlaksaanaan yang boleh diperbaiki dan boleh dilaporkan kepada Bank Negara jika berlaku.

10. Jika tidak setuju dengan pinjaman Islamik, pilihlah untuk tidak mengambil pinjaman tersebut atau tidak berhutang. Itu lebih baik dari memburukkan sesuatu yang kita tiada ilmu.

Semoga kita lebih berhati-hati sebelum menuduh sesuatu perkara atau melabelkan sesuatu dengan tidak benar kerana ditakuti jatuh fitnah.

Comment

BERI MAKLUM BALAS