SHARE AND LIKE THIS POST

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pemaju, ejen hartanah dan pemilik berdepan cabaran untuk memasarkan unit hartanah.

Secara tidak langsung ini menjejaskan pasaran hartanah kerana kaedah konvensional masih menjadi amalan utama dalam memasarkan unit hartanah dalam negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME (dulunya Hartanahbumi dotCom Sdn Bhd) Radzi Tajuddin pelaburan atau pembelian hartanah itu sendiri membabitkan emosi dan harga tinggi memerlukan sentuhan cukup personal apabila berdepan dengan pelanggan.

“Kalau lihat pada nilai hartanah berbanding dengan produk atau barangan lain, nilainya jauh lebih tinggi dan tempoh terikat pada komitmen hingga 30 tahun membuatkan pemilik lebih berhati-hati membuat pembelian.

“Justeru, untuk yakinkan pembelian itu memerlukan mereka ini dapat melihat sendiri struktur dan tawaran dalam rundingan membolehkan keputusan dapat dibuat. Kalau bercerita mengenai galeri virtual atau lawatan maya, sebenarnya pemaju sudah ada kemudahan itu.

“Tetapi, perincian iaitu hal berkaitan seperti urusan dokumentasi urus niaga baik bank dan guaman masih perlukan aspek fizikal iaitu kehadiran ejen serta pembeli dalam memastikan unit kediaman itu terjual,” katanya.

Menyentuh pengalaman pihaknya yang sudah menjadi platform pilihan bagi kebanyakan pembeli rumah golongan pertengahan bagi memiliki hartanah baik untuk diduduki atau sebagai pelaburan, pihaknya sentiasa selangkah dalam aspek digital (big data) atau sistem AI (Artificial Intelingent) terutama penyelesaian kepada isu berkaitan pasaran dan pelaburan hartanah.

“Jika sebelum ini servis kami menggunakan platform digital terhad kepada analisis kesesuaian kemampuan pelanggan dengan pembelian hartanah, untuk musim Covid-19 kami tingkatkan sistem kepada peringkat urus niaga atau memudahkan urusan pelanggan membuat pembelian unit hartanah tertentu.

“Ini berdasarkan pengamatan kami yang mana 90 peratus pendapatan terjejas sejak PKP pada Mac lalu, kami mula dengan lancarkan Kempen Beli Rumah Ajer iaitu pelanggan bersedia menggunakan kaedah baru iaitu sistem khas termasuk capaian ejen menerusi atas talian dalam pembelian 10 projek hartanah terbaik.

“Menariknya tawaran ialah harga jauh lebih rendah, selain kondisi ketika penawaran faedah jauh lebih rendah iaitu bawah empat peratus selain yuran tempahan serendah RM100 membuatkan golongan terutama M40 bersedia untuk memiliki hartanah ketika ini,” katanya.

Tambah Radzi, secara ringkas sistem atas talian digunakan Hi HOME adalah bersifat ‘real time’ sentiasa memberi maklumat perkembangan terkini kepada pelanggannya.

“Ringkasan terhadap sistem ini sebenarnya ia sistem dipakai untuk melihat ‘flow’ prestasi ejen bawah setakat mana mereka sudah selesaikan setiap bahagian dalam urus niaga atau urusan pelanggan.

“Jadi, anda juga boleh pantau pelbagai segi bermula kelayakan, kelulusan sehingga kepada guaman. Kalau sebelum ini ejen turun dan jumpa mereka sendiri, kali ini dengan sistem berkenaan pelanggan boleh ‘masuk’ selain lihat menerusi telefon atau komputer bahagian mana mereka perlu selesaikan tanpa menemui ejen.

“Sistem ini ada ‘link’ dengan bank dan firma guaman, jadi mereka boleh langsaikan semua urusan dari komputer atau telefon masing-masing. Semua dokumen dan proses sama seperti kaedah konvensional cuma dilakukan dengan bantuan sistem serta gajet.

“Dalam tempoh dua minggu kami lancarkan sejak 1 Mei lalu, kami sudah dapat tempahan kira-kira 102 unit hartanah sudah berbayar tanpa perlu bertemu pembeli. Jadi ini petanda urus niaga hartanah boleh dilakukan meskipun tanpa ‘kontak’ fizikal,” katanya.

Melihat maklum balas positif, pihaknya merancang untuk mengembangkan idea urus niaga hartanah menerusi atas talian kepada ekspo hartanah menerusi sistem yang sama dengan usaha sama ‘market place’ yang mempunyai capaian sembilan juta pengguna sebulan.

Comment

BERI MAKLUM BALAS