SHARE AND LIKE THIS POST

Posting ini dikongsi semula dari posting asal Mohd Khairul di Facebook beliau.

—————

Perlu ke tunggu 6 bulan untuk beli rumah?

Perlu ke tunggu 1 tahun?

Perlu ke tunggu harga jatuh lebih rendah lagi?

Tuan-tuan… dan Puan-puan.
Tiada seorang pun yang boleh jawab dengan tepat soalan di atas walaupun dia seorang pakar atau professor.
.
Jawapan soalan ini sangat subjektif.. tetapi ada panduannya.
.
1. Adakah pendapatan anda tidak terkesan dengan situasi sekarang? Contohnya anda seorang kakitangan awam yang kebarangkalian besar tidak kehilangan pekerjaan. Jika, ya.. mungkin anda boleh pertimbangkan untuk teruskan pembelian rumah untuk tinggal sendiri dalam tempoh ini tetapi masih perlu ambil langkah berhati2. Jika sebaliknya, anda perlu nilai kemungkinan yang ada.
.
Apakah kebarangkalian anda boleh kekal mempunyai pekerjaan, adakah anda sudah terkesan atau adakah syarikat tempat anda bekerja mungkin terkesan? Jika ya, tangguhkan pembelian.
.
2. Menangguh pembelian selepas 6 bulan mungkin bukan keputusan yang baik jika peluang adalah sangat baik dan terhad. Tetapi bukan mudah untuk menilai peluang yg wujud. Sebagai contoh, jika anda memang ingin membeli rumah di kawasan yg anda sewa sekarang dan selama ini tiada yang mahu menjual atau hanya dijual pada harga tinggi, mungkin jika wujud peluang rumah yang dijual pada harga bawah pasaran bolehlah anda pertimbangkan sebaiknya. Jangan terkejut jika ada persaingan kerana ia mungkin berlaku apabila permintaan lebih tinggi berbanding bekalan walaupun dalam situasi sekarang.
Oleh itu, andaian perlu menunggu 6 bulan secara ‘blanket’ adalah subjektif dan tidak terpakai dalam semua situasi, lokasi dan juga jenis hartanah.
.
3. Pasaran hartanah menunjukkan penurunan sejak beberapa tahun lepas. Tetapi ia mungkin tidak akan terus menurun secara berterusan kerana ia akan mencapai tahap di mana permintaan dan bekalan akan mencapai keseimbangan dan beberapa faktor lain yang memainkan peranan dalam penentuan harga seperti polisi kerajaan dan situasi ekonomi semasa.
.
4 Situasi sekarang mungkin hanya mempengaruhi pasaran hartanah secara amnya tetapi jangan mengharapkan penurunan harga secara menyeluruh di setiap kawasan dan semua jenis hartanah. Sebagai contoh, rumah teres satu tingkat dan apartment mungkin terkesan secara berbeza. Begitu juga rumah kos sederhana di bawah harga RM300,000 berbanding rumah berharga RM500,000 ke atas.

Peluang untuk membeli hartanah tertentu pada harga lebih rendah dari pasaran mungkin banyak tetapi adakah rumah tersebut apa yang anda mahukan? Adakah rumah tersebut di lokasi yang anda mahukan dan yang paling penting adakah anda mampu membelinya.

Untuk contoh yg lebih jelas, anda mahukan rumah teres satu tingkat di Lokasi A sahaja. Rumah tersebut bernilai RM400,000 dan selama ini memang susah untuk membelinya pada harga RM400,000 kerana tiada yang menjual atau persaingan tinggi apabila ada yang ingin dijual.

Tiba-tiba anda mendapat tahu jiran anda di mana anda menyewa mahu menjualkan rumah tersebut pada harga RM360,000 kerana terkesan dengan situasi semasa dan memerlukan wang segera (deposit). Beliau menawarkan anda terlebih dahulu kerana tahu anda selama ini memang mencari rumah sendiri di kawasan tersebut sebelum bercadang untuk menawarkan kepada orang lain.

Memandangkan anda bekerja dgn kerajaan dan tiada masalah dari segi kelayakan serta tidak terkesan dengan kehilangan pekerjaan, adakah anda mahu terus menunggu?

Sekiranya anda menolak dan minta ditangguhkan kemungkinan ianya terjual kepada orang lain. Jika anda mahu menunggu rumah lain juga belum tentu ada orang ingin menjualnya pada harga yang rendah atau mungkin tiada yang akan menjual rumah mereka seperti situasi sebelum ini.

Inilah yg saya maksudkan peluang yang tertentu dan subjektif. Jangan ‘pukul rata’ mengharapkan pasaran hartanah akan turun dan semua hartanah mengalami penurunan harga. Jika ada peluang baik, pertimbangkan, nilaikan kesesuaiannya dan barulah buat keputusan dengan bijak.

Sekian.
Semoga bermanfaat.

~ Mohd Khairul (MK)
Ziyad Property Consultants – Johor

Sumber Gambar: NAPIC

Comment

BERI MAKLUM BALAS