SHARE AND LIKE THIS POST

Artikel ini dikongsi semula dari posting asal MOHD KHAIRUL di Facebook beliau.

————–

Tahun 2008 merupakan antara ‘mala petaka’ besar dalam ekonomi dunia di mana kegawatan berlaku mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

Walaupun Malaysia tidak teruk terkesan pada waktu itu, kesan dari kegawatan ekonomi pada masa tersebut mengakibatkan banyak korporat di AS dan Eropah seperti bank-bank dan syarikat insurans ditutup atau diselamatkan oleh kerajaan untuk terus kekal dan beroperasi.

Punca utama kegawatan pada masa itu yang dikenali sebagai ‘sub-prime mortgage crisis’ berpunca daripada ‘housing bubble’ dimana lebihan bekalan yang sgt tinggi utk rumah berbanding permintaan dan mudahnya bank dan syarikat kredit memberikan pinjaman bermula sejak 2005.

Apabila letusan ini berlaku, akhirnya rumah-rumah mengalami kejatuhan nilai dan bank-bank dan pembiaya yang memberikan pinjaman mulai panik kerana pinjaman yang diberikan oleh pembiaya ini sesetengahnya berasaskan pembiayaan ‘sekuriti’ atau bon bersandarkan mortgage/gadaian hartanah.

Seterusnya apabila ramai kehilangan pekerjaan disamping hutang domestik yg tinggi melebihi 100%, pinjaman rumah mula tidak dibayar dan lelongan kian meningkat. Ini mengakibatkan kesan berganda dan sekuriti atau bon tersebut seterusnya kehilangan nilai mengakibatkan bank menanggung kerugian besar dan terpaksa memfailkan kebankrapan seperti Lehman Brothers, sebuah bank pelaburan berusia lebih 100 tahun.

Pada masa itu di Malaysia…. syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan syarikat yang terlibat mula mengalami kesan dan berlaku penutupan syarikat, pengecilan operasi dan bajet operasi dikurangkan.

Tahun 2008 menyaksikan di mana saya sendiri melihat bagaimana syarikat di tempat saya bekerja terpaksa memberhentikan semua kakitangan dari Pengarah Urusan sehinggalah Pengurus Pejabat dan pentadbiran kecuali saya yang ketika itu menguruskan penilaian dan pengurusan aset. Alasannya kerana saya tahu dan menguruskan majoriti operasi syarikat dan tugas lain boleh diambilalih. Tugas2 mereka yg diberhentikan tersebut sebahagiannya diserah kepada saya dan sebahagiannnya dipindahkan ke cawangan lain seperti di Bangkok dan Tokyo.

Kembali ke masa kini……2020

Apa yang kita sedang lalui dan bakal saksikan?

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa kegawatan ekonomi mungkin berlaku sekali dalam tempoh 10 tahun. Jika kita ambil tarikh 2008-2009 yg saya ceritakan di atas… seharusnya ia telah berlaku sekitar 2018-2019.

Adakah ia telah berlaku?

Jawapan saya.. Ya… ia telah bermula..tetapi dalam skala yang kecil yang mungkin ramai diantara kita tidak perasan.

Di Malaysia, lebihan penawaran rumah telah berlaku mengakibatkan pasaran hartanah menjadi perlahan dan memberi kesan kepada pemaju, dan juga ekonomi negara.
Bank-bank dan juga syarikat berkaitan minyak dan gas telah memberhentikan pekerja dan ekonomi juga terjejas dengan ketidakstabilan politik.

Kini dalam tahun 2020… wabak Covid-19 telah melanda dan bakal meletuskan apa yang selama ini mungkin terkawal.

Dengan berjalannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita bakal menyaksikan lebih banyak perniagaan dan syarikat ditutup. Pemberhentian pekerja akan berlaku mungkin secara besar-besaran jika syarikat tidak lagi dapat menampung kerugian akibat penutupan dan pemberhentian operasi.

Apakah impak seterusnya pada hartanah dan ekonomi?

Ikuti sambungan [BAHAGIAN 2] di sini:-

Kegawatan Ekonomi, ‘Housing Bubble’ dan Pasca Covid-19 [Bahagian 2]

Pautan lain:-

https://www.facebook.com/mk.tipshartanah/posts/3188286774515340

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS