SHARE AND LIKE THIS POST

Tahun 2020 ni saya rasa orang celik beli rumah dah semakin ramai.. cari REN untuk beli, semak kelayakan, bayar deposit ke dalam akaun klien syarikat agensi hartanah dan bertanya pelbagai soalan sebelum beli..

Tetapi….

Cuma celik jual je belum sangat.. masih ramai yang lantik broker haram, perunding hartanah tak sah dan tidak berdaftar dengan LPPEH dan masih tidak mahu sign borang perlantikan ejen hartanah. Ada banyak sebab pemilik atau penjual perlu melakukan yang sepatutnya dan melalui saluran yang betul supaya tidak tertipu dalam proses penjualan.

Ada yang terdesak sanggup terima duit deposit dan tandatangan surat option la, PA la.. undertaking letter la dan pelbagai perjanjian tak jelas semata-mata mahukan duit cepat tetapi terperangkap kerana bersetuju menjual jauh di bawah nilai pasaran. Ada yang tidak tahu berapa nilai pasaran dan bersetuju untuk menjual pada satu harga yg sangat rendah kerana menyangka ia nilai pasaran setelah diyakinkan oleh orang-orang tersebut.. ada kes di mana penjual menyangka dia menjual pada harga harga RM270K.. tetapi apabila semak semula SPA yang ditandatangani rupa-rupanya RM330K.. dan baru tahu beliau ada bersetuju pada harga RM270K sebelum itu dan broker tersebut menjualkan pada RM330K tanpa beliau tahu.

Sebab tu perlu bantuan.. bantuan dari orang yang boleh memberikan anda nasihat sewajarnya sebelum membeli. Jadi apa yang boleh anda lakukan sebagai seorang pemilik rumah sebelum menjual?

1. Lantik Ejen Hartanah atau Perunding Hartanah (REN) berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) dan menyemak no. Pendaftaran mereka di laman web www.lppeh.gov.my

2. Buat lantikan rasmi dengan tandatangan surat lantikan sama ada secara ekslusif ataupun general appointment. Mana-manapun.. fi ejen tetap 3% sahaja. Jangan takut membuat lantikan kerana ini membolehkan anda mempunyai hak untuk mengambil tindakan ke atas REN jika berlaku pertikaian.

3. Jangan tandatangan sebarang surat selain lantikan rasmi di atas seperti perjanjian lain, beri kuasa dan lain-lain. Surat lantikan ejen hartanah perlu di bawah letterhead syarikat ejen hartanah berdaftar juga dengan LPPEH. Syarikat ini perlu mempunyai no. Pendaftaran LPPEH seperti VE(#)#### atau E(#)####. Contohnya VE(1)1234 atau E(2)3456. Ia berbeza dengan no. Pendaftaran syarikat SSM. Jika tiada no. pendaftaran ini jangan buat lantikan kerana ianya tidak sah.

4. Semak anggaran nilai pasaran. Sememangnya anda sukar untuk tahu nilai pasaran sebenar jika anda tidak membuat penilaian rasmi. Tetapi melalui semakan dengan Perunding Hartanah mereka boleh memberikan ANGGARAN nilai pasaran berdasarkan transaksi sebenar dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Untuk semakan dan pengesahan tambahan anda boleh hubungi bank atau penilai terdekat.
Untuk kawasan KL, Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan boleh hubungi ZIYAD Property Consultants untuk semakan anggaran harga pasaran.
www.wasap.my/60193515009/SemakNilaiPasaran
Atau terus ke laman berikut:-
http://tipshartanah.net/semak-nilai-hartanah/

5. Ketahui perkara-perkara yang perlu anda tahu semasa menjual. Antaranya proses jualbeli dan kos untuk penjual, tentang kerosakan yang wujud – siapa perlu baiki, adakah geran individu telah dikeluarkan dan ditukar nama penjual, adakah rumah masih di bawah nama orang yg telah meninggal dunia dan pelbagai lagi. Minta bantuan REN.

Itu antara perkara penting yang perlu anda tahu jika mahu menjual hartanah. Proses tidak mudah tetapi juga tidaklah sukar jika memahaminya dan melalui saluran yang betul.

Elakkan permasalahan kemudian hari hanya kerana sikap ambil mudah dan yang penting tidak menyebabkan kerugian sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit.

Semoga bermanfaat. Nak jual rumah? Boleh dapatkan nasihat terlebih dahulu dari kami. Hubungi www.wasap.my/60133426242/BantuJualRumah


Mohd Khairul
 (MK)

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS