SHARE AND LIKE THIS POST

Kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana untuk menjualkan tanah atau rumah kita.  Jadi jalan paling mudah yang biasa diambil ialah mencari peguam yang terdekat dengan kita.

Adakah peguam yang menjualkan hartanah tersebut? Atau adakah peguam melantik pihak lain untuk menjualkan?

Berikut perkongsian dari Mohd Khairul untuk mereka yang merancang untuk menjual. Perkongsian asal boleh ikuti di facebook beliau.

===================================
Ada orang call dan tanya tanya berapa lawyer caj untuk jualkan tanah…

Saya jawab peguam tidak menjual tanah..dan saya pun terangkan sebenarnya apa yang berlaku dan siapa yang sebenarnya dibenarkan untuk menjalankan aktiviti jualbeli hartanah ni.

Kemudian saya tertanya-tanya.. sebenarnya masih ada (atau mungkin masih ramai yang fikir) peguam ni antara skop kerjanya jualkan hartanah.

Jadi tidak hairanlah mengapa masyarakat kita masih mencari peguam untuk jual tanah berbanding mendapatkan khidmat ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan tanah mereka.

Sejak zaman dahulu lagi sememangnya cara paling mudah untuk jual rumah atau tanah ialah dengan mencari ‘lawyer’. Kemudian ‘lawyer’ akan ‘warwarkan’ kepada orang lain.. broker, prospek, dan lain-lain. Pada masa itu profesion ejen atau perunding hartanah mungkin belum wujud atau belum dikenali – yang ada hanyalah broker-broker tanah yang tdak berdaftar.

𝑨𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒄𝒂𝒋 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒇𝒊 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒋𝒖𝒂𝒍. 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒂𝒍𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒄𝒂𝒋 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝒇𝒊 𝒌𝒆 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌/𝒑𝒆𝒏𝒋𝒖𝒂𝒍?

Adakah peguam yang caj untuk urusan mendapatkan pembeli? JIka ya, sebagai apa? Sebagai peguam? sebagai ejen? sebagai introducer atau broker?

Jawapan dari sahabat peguam saya mengatakan peguam tidak boleh menjalankan aktiviti jual beli hartanah dan caj berkaitan adalah dikenakan oleh ejen hartanah yang dilantik bagi pihak atau diperkenalkan oleh peguam.

Jadi apa yang berlaku…. apabila anda mendapatkan peguam untuk menjualkan hartanah anda, peguam biasanya akan mendapatkan khidmat ejen hartanah untuk memasarkan bagi pihak pemilik/penjual.

𝑱𝒂𝒅𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒑𝒂 𝒄𝒂𝒋 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒌𝒆𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏?

Untuk jual beli ini seharusnya caj yang dikenakan adalah sebagaimana 𝐜𝐚𝐣 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐟𝐢 𝐞𝐣𝐞𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝟑% dari harga jualan. Peguam tidak mengenakan caj tambahan untuk urusan penjualan tersebut.

Apabila terdapat pembeli, biasanya barulah urusan pindahmilik akan diserah kepada peguam berkenaan untuk menguruskan proses pindahmilik dari pemilik/penjual kepada pembeli dan pada masa ini barulah pembeli dan penjual akan dikenakan caj atau fi guaman.

Kesimpulannya, jika anda mahu menjual tanah tanah atau rumah anda, mungkin sebaiknya anda terus mendapatkan ejen atau perunding hartanah kerana mereka yang akan berurusan terus untuk anda dan boleh membantu perkara-perkara berkaitan seperti semakan anggaran nilai pasaran dan juga membantu bakal pembeli menyemak kelayakan sebelum datang melihat hartanah ini. Ini membolehkan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan dibawa untuk melihat hartanah anda dan tidak membuang masa membawa mereka yang tidak layak.

Sekiranya anda dikenakan fi melebihi 3%, anda perlu mendapatkan penjelasan dari pihak yang anda lantik dan dapatkan invois/resit atau bukti pembayaran untuk fi yang dikenakan.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan penjualan atau pembelian hartanah, sila hubungi ZIYAD PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD.

Comment

BERI MAKLUM BALAS