SHARE AND LIKE THIS POST

Perkongsian semula dari posting di facebook Mohd Khairul berkenaan Cukai Petak berbanding Cukai Tanah untuk hartanah strata yang perlu diambil perhatian oleh pemilik rumah strata.

1. Cukai Petak ni hanya terpakai untuk Hartanah Strata. Jadi jika anda memiliki hartanah ‘landed’ seperti rumah teres dan sebagainya maka anda tidak terlibat dengan cukai petak.

2. Cukai Petak ini merujuk kepada cukai yang akan dikenakan kepada pemilik petak (unit kediaman) yang terletak di dalam pembangunan strata seperti apartment, flat, kondominium, dll.

3. Cukai Petak ini baru diperkenalkan. Hanya negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Melaka sahaja baru laksanakan. Dan akan dilaksanakan oleh WPKL bermula 2020.

4. Apabila cukai petak dilaksanakan, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 lagi cukai tanah akan dikenakan ke atas hartanah strata berbanding sebelumnya.

5. Pada masa ini, di negeri yang belum melaksanakan Cukai Petak, pemilik unit (petak) dikenakan cukai tanah (master) yang dibahagikan antara pemilik-pemilik rumah.

6. Cukai petak yang dikenakan biasanya lebih tinggi berbanding cukai tanah sebelumnya yang dibahagikan. Ini disebabkan faktor pengurusan unit-unit individu dalam perlaksanaan cukai petak.

7. Kelebihan cukai petak ialah membolehkan pemilik petak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas cukai unit/rumah mereka.

8. Kelebihan lain yang utama ialah mengelakkan cukai tanah tidak dapat dibayar dan tertunggak disebabkan sebahagian pemilik unit tidak membayar cukai tanah kepada JMB/MC.

9. Kelemahan cukai pintu berbanding cukai petak ialah pemilik unit yang membayar cukai akan terjejas sekiranya tanah dirampas apabila majoriti tidak membayar cukai tanah dan tertunggak.

10. Kesan selepas cukai petak dilaksanakan – unit atau petak yang tidak dibayar cukai akan dirampas sebagaimana tanah yang tidak dibayar cukai tanah. Tetapi dalam situasi cukai petak ianya hanya melibatkan unit atau petak terbabit dan bukannya keseluruhan bangunan.

Itulah serba sedikit penerangan tentang Cukai Petak berbanding Cukai Tanah untuk hartanah strata. Ianya lebih adil untuk semua khususnya untuk pemilik yang patuh dan membayar cukai.

Bagi mereka yang culas membayar cukai tanah sebelum ini mungkin sampai masanya anda melihat bil tunggakan anda setiap masa untuk mengelakkan rumah anda dirampas. Ianya berbeza dengan cukai pintu yang dinbayar kepada PBT di mana sekiranya tidak dibayar, barangan anda akan disita dan boleh dilelong.

Sekian. Kongsikan jika bermanfaat.

Comment

BERI MAKLUM BALAS