RIBJ diperluas di seluruh negeri – Sultan Johor

41
0
SHARE AND LIKE THIS POST

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) yang merupakan ilham baginda diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini.

Sultan Ibrahim bertitah, pengagihan RIBJ membabitkan semua kaum di Johor dan sentiasa menjadi hasrat baginda untuk memastikan rakyat memiliki rumah sendiri di kawasan sempurna serta selesa pada harga mampu milik.

“Permohonan calon-calon RIBJ, terlebih dahulu akan disaring melalui Lembaga Pemilih yang dipengerusikan bersama oleh baginda dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Fadhly Suffian Laili di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini sebentar tadi.

Menurut Facebook itu, pada pertemuan selama hampir sejam itu, baginda turut berkenan meluangkan masa meneliti pelan tapak projek RIBJ yang baharu di Batu Pahat.

Pada pertemuan itu juga, tambah Facebook berkenaan, projek tersebut itu akan dibangunkan bersama pihak Johor Corporation (JCorp), selain membincangkan mengenai perkembangan semasa YSIJ.

“Majlis penyerahan Sijil Tawaran RIBJ peringkat kedua yang akan disempurnakan oleh baginda dijadualkan berlangsung pada 3 Mac depan,” menurut Facebook tersebut.

Comment
Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS