SHARE AND LIKE THIS POST

Parti Amanah Negara telah mencadangkan agar pihak Kerajaan Johor membeli 80,000 hartanah Bumiputera yang tidak terjual di negeri Johor bagi mengelakkan daripada pemaju-pemaju mengalami kerugian.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub telah berkata, pihak Kerajaan Johor haruslah membeli unit kos rendah dan menjualnya kembali kepada orang awam terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan melalui Rent-t0-Own (RTO).

Seperti yang kita semua tahu, bank Negara telah menguatkuasa lagi peraturan bagi sesiapa yang hendak memohon pinjaman rumah. Ini telah mengakibatkan banyak permohonan pinjaman rumah telah ditolak serta proses pembelian rumah mereka tergendala. Selain itu, ekonomi semasa juga merupakan salah satu penyebab pihak awam mengalami kesukaran untuk memohon pinjaman daripada bank. Justeru, sekiranya pihak Kerajaan mengambil keputusan untuk mengambil alih, ia akan memudahkan lagi unit-unit tersebut untuk dijual.

“Ini kerana sesetengah mereka yang layak di bawah Skim Rumah Mampu Milik Johor tidak mempunyai pekerjaan tetap atau penyata kewangan yang lengkap kesukaran bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman rumah dari bank.

 

Skim RTO adalah pendekatan yang membolehkan mereka memiliki rumah dengan menganggap bayaran sewa bulanan sebagai ansuran pembelian rumah,” kata Salahuddin dalam sidang akhbar.

Parti Amanah Negara juga telah mencadangkan supaya pihak Kerajaan Johor mengeluarkan bon Islamik jangka panjang atau Sukuk bagi memperolehi dana untuk projek-projek akan datang serta mewujudkan Tabung Amanah Harta Bumiputera.

Tabung Amanah Harta Bumiputeri ini akan bertindak bagi membeli lot-lot bumiputera yang tidak terjual di lokasi yang strategi serta mempunyai nilai peningkatan yang tinggi dalam masa yang terdekat. Dengan ini, ia akan membuka peluang bagi orang ramai untuk memiliki unit tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Negeri Johor Datuk Md Jais Sarday telah berkata minggu lalu, beliau akan membincangkan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu ini.

Comment

BERI MAKLUM BALAS