SHARE AND LIKE THIS POST

Menjadi ejen hartanah mempunyai cabaran yang besar tetapi memang menguntungkan. Tetapi pada zaman sekarang terdapat banyak ejen, oleh itu adalah penting untuk tidak mebuat kesilapan . Jadi apakah kesilapan yang yang mesti dielakkan?

No.1 :Komunikasi

Selalunya, ejen hanya hubungi pelanggan hanya bila nak buat proses jualbeli harta itu. Dalam erti kata lain, melainkan jika ia memberi manfaat kepada mereka, ejen tidak berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Padahal sebenarnya  ini boleh menjejaskan jualan mereka. Ini kerana pelanggan suka untuk mendapatkan status terkini mengenai pembelian harta mereka ,dan jika mereka rasa kekurangan sesuatu, mereka boleh membuat keputusan untuk membatalkan transaksi dan mencari ejen lain untuk mengendalikan urus niaga untuk mereka.

Bagaimanapun untuk setiasa berkomunikasi dengan pelanggan akan memakan masa yang banyak . Jadi cadangan adalah untuk mengambil  satu hari untuk update status semua pelanggan anda. Sebagai contoh, Rabu boleh dijadikan “Hari Update Pelanggan” di mana anda menghantar semua status proses , dan apa yang anda telah lakukan untuk mereka di sepanjang minggu.

No. 2 :Tahu Bila Katakan “NO”

Kehidupan seorang ejen hartanah bergantung kepada jualan yang mereka buat. Oleh itu, ia kadang-kadang boleh menjadi sangat sukar untuk mengatakan “tidak” kepada permintaan klien. Oleh itu, seorang ejen hartanah harus sentiasa melihat kos keseluruhan apabila berurusan dengan pelanggan dan jumlah keuntungan.

Sebagai contoh jika pelanggan menegaskan bahawa ejen hartanah mengambil potongan yang lebih kecil daripada sepatutnya, dan ejen hartanah tahu bahawa urus niaga ini tidak akan membawa keuntungan, ejen perlu biarkan tawaran pergi.

No. 3 :Tidak mengatakan Terima Kasih

Berkata “terima kasih” adalah satu aspek penting untuk ejen hartanah. Sebagai contoh, anda ditolong oleh seorang rakan, ejen hartanah hendaklah sentiasa ingat untuk mengatakan “terima kasih” – dan mungkin juga mengambil rakan keluar makan atau hadiah jika perjanjian itu berjaya.

Tanda penghargaan kadangkala adalah perkara yang jarang berlaku, dan ia tidak pernah akan merugikan anda.

No. 4 :Belajar Sesuatu yang Baru Setiap Hari

Dunia sedang bergerak ke arah teknologi yang baru, dan juga kaedah menjual hartanah telah berubah. Dimasa dulu ejen mungkin terpaksa bergantung kepada iklan surat khabar dan sebagainya, tetapi kini boleh cara pengiklanan boleh dibuat secara online seperti di Facebook atau Instagram. Kos pengiklanan juga telah menurun dengan banyak, dan membolehkan ejen hartanah untuk memberi tumpuan kepada pasaran sasaran dengan lebih baik.

Oleh itu, ejen hartanah perlu sentiasa up-to-date dan jika boleh sentiasa menjadi yang pertama pada teknologi baru. Ini akan memberi kelainan kepada agen itu sendiri.

No. 5 :Mengambil Cuti

Dan yang paling penting,  satu kesilapan yang banyak ejen hartanah buat iaitu tidak mengambil cuti. Tidak kira sama ada anda telah membuat jualan atau tidak, anda perlu sentiasa tahu bila untuk mengambil cuti sebelum anda overwork dan mendapat penyakit. Tidak salah jika mengambil cuti apabila semasa tempoh tidak membuat apa-apa jualan, untuk memberi ketenangan dan memberi tenaga serta semangat baru.

Bercuti pula tidak perlu membazir dan lama sampai Eropah atau New Zealand, cukup je ke tempat yang yang dekat dan selesa seperti Port Dickson atau Pulau Pinang untuk beberapa hari ke seminggu untuk melupakan kerja.

Comment

BERI MAKLUM BALAS