Ini adalah adalah polisi yang bagus kerana selalunya rumah flat ni banyak masalah pengurusan dan penyelenggaraan. Orang yang tinggal pun kebanyakkan adalah bukan orang yang kaya-raya, oleh itu memang logiknya rumah kos murah ini dibuat dalam bentuk rumah teres.
SEREMBAN 4 Jan. – Kerajaan negeri hari ini mewajibkan semua rumah mampu milik jenis A iaitu di bawah harga RM80,000 dibina dalam bentuk rumah teres dan bukannya bertingkat atau flat.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah yang dibuat di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan itu bertujuan mengelak wujudnya flat yang bermasalah dari aspek pengurusan dan penyelenggaraan seperti di Labu dan Ampangan.
Lift flat yang tiada selenggaraan
“Kebanyakan mereka yang tinggal di rumah seumpama itu kurang mampu dan susah untuk me-nguruskan kediaman tersebut.
“(Pemaju pula) jangan kata rugi kerana saya tahu mereka buat untung. Mana-mana pemaju yang belum buat kena ubah semula,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco negeri di sini hari ini.
Mohamad berkata, mereka yang ingin membeli rumah mampu milik itu perlu mendaftar dengan Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menentukan kelayakan mereka.
Contoh flat yang siap
“Kita akan memantau setiap pembelian rumah tersebut kerana kita tidak mahu adanya unsur-unsur spekulasi (harga rumah).
“Rumah dengan tiga bilik dan dua bilik air ini amat selesa. Sudah tentu, ramai orang yang mempunyai duit akan cuba membelinya dan dalam masa tiga atau empat tahun mereka dapat untung. Elemen spekulasi ini akan mendatangkan banyak masalah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, mesyuarat exco hari ini turut bersetuju untuk membekukan semua kelulusan bagi permohonan baharu untuk tanah dan permit pasir pada tahun ini.
Katanya, selari dengan keputusan itu, semua pentadbir tanah dan pejabat tanah diarahkan supaya mengemaskini permohonan yang tertunggak sejak beberapa tahun lalu.
“Saya lihat ada permohonan yang tidak diproses sehingga empat tahun dan saya akan melawat pejabat tanah bagi memantau perkara ini,” tegasnya.
P.S Admin pun pernah tinggal flat murah, dan masalah utama ialah ramai yang tak bayar duit maintenance. Ini memang bermasalah dan akhirnya membuatkan keadaan tempat tinggal yang teruk seperti sampah tidak dibersihkan dan tidak diambil, lampu dan lift rosak serta masalah kecurian kerana tiada pegawal keselamatan.