KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputera yang masih rendah boleh ditingkatkan lagi sekiranya mereka melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Ketua Penyelaras Simposium Hartanah Utusan 2016 (SHU 2016), Ahyat Khalissabri Ishak berkata, bakal pembeli rumah pertama terutamanya perlu mengetahui tujuan sebenar mereka membeli aset itu.
Beliau yang juga penggiat pejuang hartanah berkata, ini bagi mengelakkan orang ramai membeli aset yang tidak menambah nilai kepada mereka dan lebih teruk jika ia hanya memberi beban semata-mata.
Katanya, berdasarkan tinjauan dilakukan, orang ramai tidak mengetahui motif mengapa mereka membeli rumah, sebaliknya terikut-ikut dengan trend semasa.
Ujar beliau, membeli rumah tidak sama seperti membeli kasut, ia melibatkan komitmen sehingga 30 tahun dan jumlah wang yang bernilai ratusan ribu ringgit.
“Antara kesilapan dilakukan ialah apabila membeli rumah di kawasan yang tiada permintaan sama ada untuk disewa atau dijual kembali.
“Selain itu, kalau mahu menjadi handal dalam hartanah mesti tahu asas undang-undang kerana banyak jerat dan perangkap dalam isu ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hubungi TipsHartanah di Facebook page atau isi borang Hubungi jika terdapat sebarang soalan dan masalah mengenai hartanah.