SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Kementerian Kesejahtera­an Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mempertimbangkan cada­ngan supaya pemaju perumahan diberi lesen pinjaman wang untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesuka­ran mendapatkan pin­jaman bank.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah itu dapat membantu pembeli menyelesaikan masalah tidak mempunyai wang men­­cukupi untuk membeli rumah dan juga sekali gus memperluaskan per­­­niagaan pemaju.

“Pemaju sukar untuk menjual rumah se­kiranya pembeli meng­ha­dapi masalah kewangan dan akhir­nya projek perumahan akan terbengkalai. Terdapat pembeli yang tidak memperoleh pinjaman 100 peratus daripada bank dan mereka perlu mencari wang tambahan dengan membuat pinjaman.

“Ada bank hanya memberi pinjaman sebanyak 70 peratus dan bakinya perlu dibayar oleh pembeli, yang akhirnya pembeli terpaksa melupakan hasrat memiliki kediaman sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perumahan dan Hartanah ke-19 di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini hari ini.

Jelasnya, pemaju yang berminat boleh memohon lesen pinjaman wang bermula hari ini de­ngan cara membuat permohonan di kementeriannya di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pin­daan 2011).

“Setelah permohonan dibuat kita akan membuat penilaian de­ngan melantik jawatankuasa sebelum me­luluskan permohonan. Lesen ini hanya di­ke­­luarkan untuk satu projek dan apabila projek perumahan telah siap lesen akan dibatalkan. Sekiranya pemaju membuat projek baharu mereka perlu membuat permohonan baharu.

“Mereka hanya bo­leh menge­nakan faedah, maksimum 18 pe­ra­tus tanpa cagaran dan minimum 12 peratus dengan cagaran. Ia juga salah satu usaha membantu mengembangkan perniagaan pemaju sebagai pemberi pinjaman berlesen,” katanya.

Noh berkata, pihaknya bercadang menambah bilangan rumah Transit 1Malaysia pada tahun hadapan dan akan membuat kediaman jenis studio bagi membantu gene­rasi muda yang terpaksa menyewa bilik dengan harga yang tinggi. “Ia lebih sesuai dijadikan pe­nem­patan sementara dan kita hanya akan sewakan rumah itu dengan kos yang lebih rendah,” katanya.

Sumber

Comment

BERI MAKLUM BALAS