SHARE AND LIKE THIS POST

SEBANYAK 27 projek perumahan di seluruh negara melibatkan 30,155 unit perumahan baharu ditawarkan pada Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian yang berlangsung pada 15 hingga 19 Mac ini, di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, kira-kira 16,000 unit rumah pada harga bawah RM300,000 turut ditawarkan pada ekspo berkenaan.

“Ekspo ini adalah yang pertama dilaksanakan dalam skala yang besar di Sabah bersama-sama dengan agensi kerajaan pusat dan negeri.

 

“Melalui ekspo ini, orang ramai boleh melihat pelbagai tawaran harga rumah mampu milik bagi pembeli rumah pertama dan untuk golongan berpendapatan pertengahan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Dalam usaha menangani isu harga  rumah yang terlalu tinggi dan kesukaran  mendapatkan pinjaman perumahan, PR1MA menawarkan harga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa.

Malah rumah yang dibina juga dilengkapi pelbagai kemudahan sesuai dengan gaya hidup moden.

Sejumlah 12 projek pembangunan PR1MA di Sabah, yang terdiri daripada lebih daripada 12,000 unit, meliputi hartanah bertingkat dan bertanah dipamerkan di ekspo tersebut termasuk projek PR1MA  di Borneo Cove, Kota Marudu, Menggatal, Pusat Bandar Sandakan dan Ranggu.

Dalam perkembangan sama, PR1MA turut mengumunkan pembukaan pejabat jualan yang terletak di Aeropod, Kota Kinabalu yang dijangka dibuka pada Ogos tahun ini.

Siri jelajah ini akan seterusnya akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 24 Mac hingga 1 April, depan.

Comment

BERI MAKLUM BALAS