SHARE AND LIKE THIS POST

Kekurangan rumah sentiasa menjadi isu negara kerana keperluan terhadap rumah sentiasa tinggi.  Oleh itu disamping penyediaan rumah-rumah mampu milik di Malaysia, kerajaan kerajaan negeri juga telah memainkan peranan positif dalam membina lebih banyak lagi rumah-rumah mampu milik untuk rakyat masing-masing.

Pastinya tumpuan dan penekanan yang tinggi terhadap perumahan adalah di negeri-negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini kerana mengambil langkah proaktif dalam penyedian rumah mampu milik negeri tetapi saban hari kedengaran pelbagai masalah berkaitan ‘delivery system’ RMM ini.

Bukan untuk menyalahkan kerajaan negeri yang telah memainkan peranan besar dalam pembangunan RMM, tetapi apa yang perlu dilihat adalah bagaimana penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan setiap pemohon/rakyat mendapat hak yang sama dalam permohonan mereka di samping setiap maklumbalas di ambil perhatian dan diberikan respons sewajarnya.

Antara komen yang biasa diterima berkaitan RMM adalah:-

  • Pertanyaan yang tidak berjawab sama ada melalui melalui laman web, page rasmi FB.
  • Telefon tidak berbalas.
  • Respons tidak diberikan walaupun telah pergi ke pejabat.
  • Wujud kemungkinan salah laku pengagihan unit-unit yang dijual oleh pemaju di bawah RMM.
  • Kempen dan program makluman yang tidak meluas dan tidak terkini.
  • Berjaya ditawarkan tetapi pinjaman pula tidak berjaya.
  • Masalah berkaitan rumah kurang berkualiti

Berikut antara komen FB berkaitan:-

Rumah Selangorku

Isu berkaitan Rumah Selangorku dilihat lebih kepada masalah pengurusan dan pentadbiran.  Mungkin penambahbaikan dari segi ini boleh dilakukan jika ianya berkaitan masalah kakitangan yang menguruskan.

Harga rumah Selangorku yang tidak melebihi RM250,000 dilihat sebagai faktor utama yang dapat menarik pembeli dan membantu lebih ramai rakyat Selangor memiliki rumah. Tindakan kerajaan negeri yang proaktif dalam membina lebih banyak rumah Selangorku juga wajar diberikan pujian namun proses permohonan dan tawaran yang wujud sekarang perlu ditingkatkan dengan lebih baik lagi.

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

Sebagaimana RMM lain, rumah RMMJ juga menerima komen yang biasa diterima iaitu berkaitan permohonan yang telah lama di buat tetapi masih tidak berjaya atau tidak menerima jawapan sedangkan ada yang baru memohon telah berjaya.  Adakah sistem cabutan yang digunakan untuk sesetengah projek perlu ditambahbaik utk memberikan kelebihan kepada yang telah lama memohon berbanding yang baru mendaftar?

Ada sesetengahnya yang berjaya mendapat tawaran tetapi gagal dalam mendapatkan pinjaman dan ada pula yang kecewa kerana menunggu lama membuat keputusan untuk membeli rumah lain di pasaran sub-sale.

Terdapat juga komen-komen yang membangkitkan persoalan mengenai ketelusan dan kemungkinan kewujudan permberian RMM ini secara tidak adil dan melalui saluran tertentu.  Mungkin ini memerlukan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan.

Di sebalik kelemahan yang mungkin wujud, kelebihan utama RMMJ adalah ia menawarkan banyak rumah ‘landed’ jenis teres pada harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM150,000 disamping rumah berstrata sebagaimana RMM lain.  Kerajaan Johor juga dilihat komited untuk membina

RUMAWIP

Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) pada masa ini dilihat tidak banyak menerima komen-komen negatif berkaitan.  Secara amnya harga Rumawip yang berharga maksima 300K dilihat sebagai berpatutan berbanding harga rumah sepadan di Kuala Lumpur.

Namun begitu atas faktor tanah yang terhad, Rumawip tidak menawarkan rumah bertanah (“landed”) berbanding Rumah Selangorku dan RMMJ.

Anda mempunyai pandangan dan pengalaman sendiri berkaitan Rumah Mampu Milik di atas atau di negeri-negeri lain? Sila kongsikan dengan Tips Hartanah di ruangan komen.

Untuk mereka yang ingin memohon rumah mampu milik berkenaan, sila layari laman web berikut:-
1) Rumah Selangorku : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/

2) Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) : http://erumah.johor.gov.my

3) Rumah Mampu Milik WP (Rumawip) : http://rumawip.kwp.gov.my/

4) RMM Pulau Pinang : https://erumah.penang.gov.my

 

 

Tawaran Istimewa dari Lazada:
SHARE AND LIKE THIS POST
Artikel sebelum iniMyRumah kembali
Artikel seterusnyaLebih 30,000 rumah PR1MA ditawarkan
16 tahun pengalaman dalam bidang hartanah termasuklah penilaian, ejen, lelongan dan pengurusan NPL. MK adalah pengasas Tips Hartanah yang berkongsi ilmu hartanah secara percuma dan merupakan pengasas bersama serta pengarah Ziyad Property Consultants. Dalam masa yang sama menjalankan perniagaan pengurusan aset NPL untuk pelabur di Malaysia melalui syarikat Capital Services Malaysia Sdn Bhd. Minat menonton Channel HGTV, Li dan Al-Hijrah. Ada soalan hartanah? Tanya MK. :-)

BERI MAKLUM BALAS