SHARE AND LIKE THIS POST
All projects in Johor are required to set aside 40 per cent as Bumiputera lots. — TODAY pic

KUALA LUMPUR, 7 Julai -Terdapat lebih daripada 80,000 hartanah berstatuskan bumiputera yang bernilai puluhan juta di Johor kini tidak terjual. Berikutan masalah ini, Kerjaan Negeri Johor akan bertindak berjumpa dengan pemaju-pemaju hartanah bagi menangani isu tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Negeri Johor Datuk Md Jais Sarday berkata bagi menyelesaikan masalah ini beliau akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) tidak lama lagi. Ini merupakan satu masalah yang serius yang dihadapi oleh pemaju-pemaju sekarang. Berikutan hartanah bumiputera terdiri daripada kondominium, pangsapuri, lot kedai, lot industri dan rumah mewah.

“Saya telah dimaklumkan bahawa pemaju-pemaju hartanah kini berhadapan dengan pelbagai kekangan termasuk aliran wang tunai akibat berpegang terlalu lama kepada unit bumiputera.” katanya dipetik dalam The Star.

 

“kita hendaklah mencari jalan penyelesaian dengan segara bagi menangani isu tersebut kerana pada masa yang sama kita memerlukan pemaju-pemaju ini untuk terus membangunkan kediaman yang berharga mampumilik serta berpatutan.” Tambahnya lagi.

Berdasarkan laporan berita, Pengerusi REHDA Johor, Datuk Steve Chong berkata beliau menantikan pertemuan dengan Md Jais.Menurut beliau, masalah ini bukan sahaja berlaku kepada pemaju-pemaju di Johor malah semua pemaju berhadapan dengan masalah yang sama.

Selain itu, Pengerusi REHDA Johor, Datuk Steve Chong telah menegaskan bahawa semua projek di Johor dikehendaki memperuntukan 40% adalah untuk unit Bumiputera.

“Kami juga menyokong tindakan kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Johor tetapi mereka perlu mengurangkan kos pembangunan terutamanya bayaran yang dikenakan oleh agensi negeri.

 

“Caj ini telah dikenakan kepada pengguna justeru menyebabkan harga hartanah meningkat,” katanya.

Beliau juga berharap agar dapat membangkitkan isu menurunkan harga minimum bagi pembeli luar untuk memiliki bangunan berstrata mewah dari RM1 juta ke RM500,000 pada pertemuan beliau dengan Md Jais yang akan datang.

Comment

BERI MAKLUM BALAS