โPembayaran ansuran gadai janji bagi pembelian hartanah boleh diselesaikan lebih cepat dari tempoh perjanjian pinjaman sekiranya pembeli membuat bayaran melebihi jumlah sepatutnya setiap bulan.
Kaedah itu dapat mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar sepanjang tempoh pembiayaan. ย Bagaimanapun, pembeli perlu meneliti perjanjian awal yang dipersetujui bersama pihak institusi kewangan untuk mengelakkan sebarang tindakan penalti bagi pembayaran lebih dari yang ditetapkan.
“Ramai yang runsing apabila terpaksa menanggung beban untuk menyelesaikan pembayaran ansuran gadai janji sehingga 20 ke 30 tahun lamanya, maka inisiatif bayar awal dan bayar pada kadar lebih tinggi pada setiap bulan dapat mengurangkan beban ini,”
Bagi mereka yang memiliki simpanan yang besar dan mencukupi turut dinasihatkan untuk segera melangsaikan beban hutang yang ditanggung.
“Pastikan hutang rumah diselesaikan dalam masa yang singkat supaya ia akan memberikan lebih keselesaan dan kesenangan kepada pemiliknya tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk selesaikannya pada masa depan,”
Pembeli rumah juga mempunyai pilihan untuk melakukan pinjaman semula (refinancing) bagi menstrukturkan kembali jadual pembayaran bulanan yang lebih baik.
Mereka yang mahu mengetahui rahsia menjadi pemilik kediaman perlu menimba ilmu daripada golongan yang berpengalaman bagi mengelak timbulnya isu yang tidak berkaitan.