SHARE AND LIKE THIS POST

Selepas keputusan Bank Negara yang tidak menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) baru-baru ini, penyelidik telah meramalkan bahawa bank pusat tersebut bakal menaikkan kadar tersebut dengan kadar yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini dengan jangkaan kenaikan kepada 3.25% berbanding OPR ketika ini iaitu 2.75%. ย  Ini seterusnya akan menyebabkan kenaikan Kadar Pinjaman Asas (BLR) meningkat sehingga 6.80% berbanding ketika ini pada 6.30%.

Ini mungkin boleh menjadi panduan kepada anda untuk membuat perancangan kewangan anda terutamanya pembiayaan perumahan anda yang mungkin bergantung kepada BLR pada kadar yang tinggi.

Berikut adalah sumber berita berkaitan untuk bacaan lanjut:-

//

OPR diunjur meningkat akhir tahun ini

KUALA LUMPUR 2 Feb – Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus pada akhir tahun ini, kata Pakar Ekonomi OCBC Bank (Malaysia) Bhd., Gundy Cahyadi.

Katanya, pada separuh pertama BNM akan mengekalkan kadar OPR pada paras 2.75 peratus ekoran risiko tinggi terhadap pertumbuhan negara.

”Kadar itu bakal dikekalkan untuk beberapa bulan ini disebabkan oleh inflasi yang berada pada paras selesa.

”Selain itu, kadar rendah itu juga perlu dikekalkan memandangkan situasi ekonomi semasa yang lebih cenderung kepada pro pelaburan,” katanya kepadaย Utusan Malaysia dalam satu kenyataan di sini.

Cahyadi berkata, sebarang peningkatan harga hanya akan berlaku apabila harga pasaran komoditi melonjak iaitu pada akhir tahun 2011.

”Sebagai tambahan, melalui model keadaan kewangan di Malaysia OCBC Bank, ia menunjukkan kadar pertumbuhan negara adalah terhad.

”Peningkatan kadar pertukaran asing Malaysia juga merupakan penyumbang kepada pengekalan OPR,” jelasnya.

Sementara itu, walaupun ringgit semakin mengukuh sejak kebelakangan ini, namun prestasi tersebut tidak akan dikekalkan pada sepanjang tahun ini.

Cahyadi berkata, walaupun baru-baru ini ringgit telah mencatatkan paras baru tertinggi sejak 14 tahun lalu iaitu pada RM3.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ia hanya bersifat sementara.

”Namun ia tidak bermakna pihak berkuasa tidak bersetuju dengan peningkatan ringgit, kerana mata wang tempatan yang kukuhย dapat membantu menyokong pelaburan domestik.

”Dengan jangkaan aliran dana asing yang kukuh ke dalam pasaran serantau, kami berpendapat pihak berkuasa akan terus melindungi pasaran dari ketidaktentuan melampau,” katanya.

Secara keseluruhannya, pada tahun ini, Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan sederhana sebanyak 5.4 peratus.

OCBC Bank berpendapat, unjuran pertumbuhan yang dibuat mereka akan menyaksikan risiko ekoran ketidakpastian ekonomi global dan eksport negara yang semakin perlahan berbanding jangkaan awal.

Selain itu, Cahyadi berkata, bajet defisit pada paras 5.4 peratus turut ditetapkan pada tahun ini, mereka menjangkakan pertumbuhan pelaburan akan membantu menyangga risiko tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Comment

BERI MAKLUM BALAS