SHARE AND LIKE THIS POST

Artikel ini dikongsikan semula dari posting asal MOHD KHAIRUL di Facebook beliau.

“Pernah saya bertanya kepada klien, di mana dokumen hakmilik (biasanya org rujuk sebagai geran) rumah beliau.”

Jawapannya… “Tak pasti. Dengan bank kot. Ada yang tak tahu.. yang dia tahu hanya ada salinan hakmilik.”

Jika anda mempunyai rumah.. cuba tanya diri anda soalan yang sama.. Di manakah Dokumen Hakmilik Asal/asli (‘original’) rumah anda?

Jika anda tahu di mana… bagus. Anda memang jenis yang ambil tahu.

Jika anda tidak pasti.. boleh baca apa yg saya akan kongsikan ini selanjutnya.

𝟏. 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤/𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡.
Di bawah sistem pentadbiran tanah Malaysia di mana berdasarkan Sistem Torrens, dua hakmilik sentiasa wujud dan merupakan ‘cermin’ antara satu sama lain. Setiap urusan seperti pindahmilik, cagaran dan endorsement lain akan direkodkan di dalam hakmilik berkenaan dan 1 hakmilik akan sentiasa tersimpan di Pejabat Tanah. Satu salinan lagi akan diberikan kepada pemilik atau pihak yang berkepentingan seperti bank. Salinan asal di Pejabat tanah akan sentiasa kekal disitu dan tidak boleh di bawa keluar dan menjadi rujukan utama.

𝟐. 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮.
Jika anda membeli rumah dengan hakmilik individu yang sudah dikeluarkan, maka kebarangkalian besar dokumen hakmilik berkenaan tersimpan di bank yang membiaya pinjaman anda sebagai cagaran. Anda perlu pastikan siapa peguam yang menguruskan perjanjian pinjaman anda jika mempunyai urusan tertentu berkenaan hakmilik tersebut untuk kepastian atau hubungi bank untuk pertanyaan lanjut.

𝟑. 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐡𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮.
Ada 2 kebarangkalian yang boleh wujud jika anda membeli rumah tanpa hakmilik individu dan melalui Dokumen Serahan (‘Deed of Assignment’ – DoA).

𝑃𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎, hakmilik individu anda sudah diproses dan dikeluarkan atas nama pemaju. Biasanya untuk projek perumahan baharu ini akan berlaku dan memerlukan pemilik berurusan dengan peguam yg menguruskan ‘Perfection of Title’ supaya hakmilik individu dapat ditukarkan kepada nama anda dan diserahkan kepada bank pembiaya. Terdapat banyak kes di mana pemilik mengabaikan urusan ini disebabkan kos yang perlu ditanggung tetapi memberi kesan kemudian hari apabila ingin menjualkan semula rumah mereka kerana proses tersebut perlu disempurnakan dan akan mengambilmasa.

𝐾𝑒𝑑𝑢𝑎, hakmilik individu masih tidak dikeluarkan. Dalam sesetengah kes, khususnya bangunan strata lama seperti flat atau apartment, ada kemungkinan hakmilik strata individu ini tidak wujud kerana pemaju mungkin telah bankrap dan ‘liquidator’ yang mengambilalih juga masih tidak dapat menyelesaikannya. Jika anda mempunyai masalah seperti ini semak siapakah pemaju atau liquidator yang mengambilalih dan semak dengan mereka status hakmilik strata rumah anda. Jika masih tidak dikeluarkan anda hanya mempunyai pilihan untuk menjual rumah anda melalui SPA dan DoA dan akan terdapat kemungkinan pembeli mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada sesetengah bank.

Oleh itu sebaiknya anda mengetahui di mana dan apa status dokumen hakmilik anda supaya mudah untuk anda mengambil sebarang tindakan jika memerlukan. Sebagai pembeli juga sebaiknya memastikan bahawa hakmilik individu telah dikeluarkan atas nama penjual supaya pembelian menjadi lebih lancar.

Comment

BERI MAKLUM BALAS