BDB komited tawar rumah mampu milik di Kedah

4
0
SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA LUMPUR – Bina Darulaman Bhd. (BDB) kini dalam perancangan untuk melancarkan baki 61 unit rumah teres dan kluster dua tingkat sekaligus menyempurnakan projek pembangunan Zon 1 Bandar Sejahtera pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, ia sekaligus menunjukkan komitmen Kumpulan BDB untuk menawarkan rumah moden pada harga yang mampu dimiliki oleh bukan sahaja kepada penduduk di kawasan berkenaan tetapi kepada seluruh rakyat Kedah.

“Kami melihat Bandar Sejahtera, Pokok Sena sebagai kawasan baharu yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan kawasan perumahan dan sekali gus dapat menaikkan taraf hidup masyarakat di sini.

“Oleh itu, saya mengharapkan projek perumahan ini akan menjadi pencetus kepada projek pembangunan pada masa hadapan bukan sahaja di kawasan berkenaan malah di Daerah Pokok Sena secara khususnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, anak syarikat BDB, Kedah Holdings pula terlibat dalam pembangunan perumahan yang dijalankan dalam skala kecil yang mana antara projek-projek perumahan yang telah dilaksanakan adalah Kulim Heights Apartment, Taman Nusantara, Taman Lelasari yang terletak di kawasa

Comment
Tawaran Istimewa dari Lazada:

BERI MAKLUM BALAS