SHARE AND LIKE THIS POST

Pembeli dan pelabur hartanah strata di negara ini perlu memahami tanggungjawab serta hal perundangan bagi jenis kediaman itu untuk memastikan tidak wujud permasalahan selepas pembelian.

Ketua Perunding Hartanah dan Ketua Pegawai Eksekutif ExaStrata Solutions Sdn Bhd, Adzman Shah Mohd Ariffin, berkata kebanyakan pembeli kurang memahami aspek perundangan dan tanggungjawab selepas membeli kediaman strata.
Permasalahan yang timbul ekoran kurangnya pemahaman dalam soal tanggungjawab akhirnya akan menyumbang kepada penyusutan nilai sewaan dan jualan hartanah strata berkenaan. n), tetapi membeli hartanah termasuk jenis strata yang menelan belanja tinggi, kita tiada buku panduan dan apabila ini berlaku akan wujud kelemahan dari segi barangan (rumah) itu sendiri.

 

“Perlu diingat, membeli kediaman strata bukan bermakna pembelian terhadap unit itu sahaja, tetapi kita membeli keseluruhan kejiranan, perlu kita fikirkan soal kemudahan di kawasan itu serta aspek lain yang ramai terlepas pandang,” katanya.

Adzman Shah berkata, kebanyakan pembeli hartanah strata lupa mengenai tanggungjawab mereka terutama soal pembayaran kos penyelenggaraan sehingga menyebabkan pemaju atau pihak pengurusan tidak mampu menjalankan kerja selenggara.

“Masalah ini menyebabkan pembeli sendiri menjejaskan nilai pelaburan mereka kerana permasalahan ini menyebabkan nilai unit kediaman itu jatuh dengan mendadak.

 

“Masyarakat kita kini lebih bijak sebelum melakukan pembelian atau menyewa, mereka lebih utamakan soal keselamatan, kebersihan kediaman selain mahu kemudahan dalam kawasan strata itu sempurna dan beroperasi dengan baik,” katanya.

Comment

BERI MAKLUM BALAS