SHARE AND LIKE THIS POST
Terdapat ruang letak kereta yang mencukupi dan berbumbung di Stesen Sg Buloh.

PETALING JAYA: Lembah Klang MRT Lines bukan sahaja dapat menghubungkan rakyat malah akan dapat menaikkan nilai hartanah di sekitar stesen.

Bekas presiden Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Ng Seing Liong berkata, perumahan di sekitar kawasan tersebut sudah mendapat sambutan positif apabila Fasa 1 Line MRT Sg Buloh-Kajang (SBK) diumumkan.

“Dengan MRT Lines dalam operasi, kita boleh menjangkakan kira-kira 5% kepada 10% peningkatan dalam nilai hartanah,” kata Ng.

Beliau juga menasihatkan mereka yang tinggal berdekatan dengan stesen untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan MRT.

Setiausaha agung National House Buyers Associa­tion Chang Kim Loong berkata hartanah yang memunyai jaringan hubungan yang baik akan mendapat harga yang lebih tinggi dan mempunyai nilai modal yang lebih baik.

“Hartanah yang terletak lebih hampir dengan stesen dan MRT Lines boleh mendapat harga jualan atau kadar sewa yang lebih tinggi” katanya.

 

Pandangan hadapan: Di dalam petak pemandu kereta api.
Chang menasihatkan mereka yang berhasrat untuk membeli hartanah tersebut perlu menjalankan penyelidikan terlebih dahulu di semua lokasi stesen MRT dan harga rumah berdekatan.

Beliau juga menggesa bakal pembeli untuk memastikan mereka hanya membeli daripada pemaju yang mempunyai rekod yang baik dan kedudukan kewangan yang kukuh.

Comment

BERI MAKLUM BALAS